Penganggur bakar motosikal, rumah penduduk Kupang dipenjara 12 tahun

BALING – Seorang penganggur dihukum penjara 12 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan membakar lima motosikal dan beranda kayu di Kupang, di sini sejak Disember lalu.

Tertuduh, Afif Jazimin Jamaluddin, 23, dari Kampung Pisang, Kupang membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Najwa Che Mat.

Hakim Najwa menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bagi setiap pertuduhan, namun memerintahkan ia berjalan secara berasingan bermula dari tarikh tangkapan pada 20 Januari lepas.

Afif Jazimin kelihatan tenang sepanjang berada dalam kandang tertuduh dan hanya menggelengkan kepala ketika ditanya sama ada mahu membuat rayuan.

Mengikut pertuduhan, pemuda itu didakwa melakukan khianat dengan api dengan cara membakar Modenas Kriss dan SM Sport milik Mazlan Saad, 50, serta Honda EX5 milik Nafisah Saad, 43, di sebuah rumah di Kampung Pisang, Kupang pukul 3.30 pagi, 24 Disember lalu.

Anak sulung daripada empat beradik itu juga didakwa melakukan perbuatan sama dengan membakar motosikal Honda EX5 milik Wahab Md. Hasan, 87, di Kampung Jerai, Kupang kira-kira pukul 3.15 pagi, 27 Disember lalu.

Afif Jazimin turut dituduh membakar sebuah motosikal Modenas Kriss dan beranda kayu milik Zaherah Jusoh, 59, di Kampung Hangus, Kupang kira-kira pukul 3.30 pagi, 2 Januari lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda.

Terdahulu, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Intan Nursyafina Baharudin dalam rayuannya berkata, tertuduh menganggur dan belum berkahwin serta masih tinggal dan menjaga ibu bapanya berusia 43 dan 52 tahun.

“Saya memohon mahkamah mengambil kira pengakuan salah tertuduh yang menjimatkan masa pihak-pihak. Saya percaya tertuduh sudah insaf dan memohon hukuman berbentuk penjara paling minimum dan berjalan serentak bermula dari tarikh tangkapan,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Amirul Halimi Md. Salleh bagaimanapun memohon hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh.

Kes ini dikatakan berpunca dari dendam akibat dibuli di tempat kerja disyaki menjadi punca seorang lelaki bertindak membakar sembilan rumah di Kupang, Baling sejak pertengahan Disember lalu hingga awal bulan lepas.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh dilaporkan berkata, suspek sebelum ini bekerja di sebuah kilang getah dan tindakannya membakar rumah dan kenderaan itu adalah akibat perasaan dendam.

Modus operandi suspek adalah mencurahkan petrol ke atas motosikal lalu membakarnya sebelum merebak ke rumah penduduk. Kebakaran sembilan rumah termasuk dua kenderaan dan 18 motosikal melibatkan kerugian berjumlah RM770,000.

Related Posts

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor akan melaksanakan inisiatif Baucar Kasih Johor secara berperingkat di seluruh 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai langkah membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

ALOR SETAR – Tindakan pantas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan bayaran pendahuluan insentif pembajakan RM200 per hektar dianggap sebagai ‘penyelamat awal’ kepada pesawah yang bergelut dengan kenaikan kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan