Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 203/2025 kini dibuka!

Oleh: Hidayatun Nufus (Pelatih UPM)

ADALAH dimaklumkan bahawa permohonan awal Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki Siri 203 Tahun 2025 kini dibuka secara dalam talian.

Pemohon boleh mendaftar permohonan melalui pautan yang telah diberikan.

Tempoh Permohonan:
– Dibuka: 27 November 2024
– Ditutup: 23 Disember 2024

Rujuk artikel ini untuk mengetahui syarat-syarat dan kelebihan serta kemudahan yang ditawarkan apabila menyertai Tentera Darat Malaysia.

Mengenai Tentera Darat Malaysia

Tentera Darat Malaysia (TDM) adalah salah satu cabang utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang bertanggungjawab terhadap pertahanan negara dan keselamatan dari ancaman luar. TDM memainkan peranan penting dalam memastikan kedaulatan negara serta membantu pihak berkuasa awam dalam menangani ancaman dalaman.

Sejarah Tentera Darat Malaysia bermula pada tahun 1902 dengan usaha menubuhkan pasukan pertahanan yang dianggotai anak-anak Melayu. Hasrat ini direalisasikan pada 23 Januari 1933 apabila Rang Undang-Undang Askar Melayu diluluskan, melahirkan Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu. Skuad pertama terdiri daripada 25 pemuda yang gigih menjalani latihan di Haig Lines, Port Dickson, sehingga pasukan ini diiktiraf dan diperbesarkan menjadi batalion pada tahun 1934.

Tentera Darat Malaysia memainkan peranan penting semasa Perang Dunia Kedua, termasuk mempertahankan Singapura dan menentang serangan Jepun. Salah satu detik bersejarah ialah perjuangan di Bukit Chandu di mana Lt Adnan Saidi dan Platun No. 7 bertempur hingga ke titisan darah terakhir. Keberanian dan pengorbanan pasukan ini, termasuk mereka yang berjuang dalam Federation Volunteer Forces dan Tentera British, menjadi asas kepada kekuatan dan semangat Tentera Darat hari ini.

Syarat Asas Permohonan Tentera Darat

  • Warganegara Malaysia
  • Umur: 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 25 tahun pada 10 Mac 2025
  • Ketinggian minimum lelaki 162cm
  • Berat badan minimum lelaki 47.5 kg
  • Sihat tubuh badan dan BMI 18.0-26.0
  • Syarat minimum, lulus Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM
  • Bagi SVM, PNGK Akademik melebihi 2.0
  • Status perkahwinan: Bujang/kahwin

Hanya Calon Yang Layak Akan Disenarai Pendek Untuk Menghadiri Ujian Pemilihan Akhir

  1. Pemeriksaan Kesihatan.
  2. Ujian Kecergasan:
  • Larian 2.4 KM – 14 minit
  • Tekan Tubi – 40 kali
  • Bangkit Tubi – 45 kali
  1. Ujian Bertulis:
  • Ujian Kecerdasan (IQ)
  • Ujian Psikologi
  • Ujian Fardhu Ain & Bacaan Al-Quran (Bagi Calon Beragama Islam)

Skim Gaji Kelayakan Akademik

  1. SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  2. SPVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  3. SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
  4. SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
  5. Sijil Tinggi Agama Malaysia – Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan: RM1,762.03]
  6. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia – Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah,Usuluddin atau Bahasa Arab pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan: RM1,762.03]
  7. Diploma in Teaching English as Second Language (TeSL). [Gaji Permulaan : RM1,828.04]
  8. Diploma Tahfiz Al-Quran/ Pengajian Islam – Diploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran atau Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,828.04]
  9. Diploma dalam Bidang Kejururawatan, Perubatan, Farmasi, Pergigian, Teknologi Makmal Perubatan, Radiografi/Radioterapi, Pemulihan Perubatan (Cara Kerja)/ Fisioterapi atau Kesihatan Persekitaran . [Gaji Permulaan : RM1,894.05]
  10. Diploma dalam Bidang Sains Veterinar. [Gaji Permulaan : RM1,960.06]
  11. Diploma dalam Bidang Kejuruteraan, Seni Bina, Ukur Bahan dan Ukur Tanah. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]
  12. Diploma Kejuruteraan– Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

Peringatan: Segala maklumat anda akan disemak dengan Jabatan Peperiksaan, segala maklumat yang tidak benar akan ditolak secara automatik.

Elaun dan Kemudahan Tentera Darat

a) Elaun

  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Khidmat
  • Bayaran Insentif Khas
  • Elaun Kepakaran
  • Elauan Imbuhan Perumahan
  • Elaun Perjalanan

b) Kemudahan

  • Kemudahan Kediaman
  • Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
  • Rawatan Perubatan
  • Lembaga Tabung Angkatan Tentera
  • Insurans Kelompok Angkatan Tentera
  • Peluang melanjutkan pelajaran

Cara Permohonan Pengambilan Tentera Darat Malaysia 2025

Semua Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) dengan merujuk pautan di bawah:

a) Pendaftaran

b) Panduan Permohonan

Calon harus memahami syarat kelayakan yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum memohon bagi memastikan syarat-syarat kelayakan dipatuhi.

Hanya satu (1) permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap calon.

Sila pastikan maklumat anda di isi dengan lengkap dan sempurna sebelum dihantar.

Calon yang layak ke Pemilihan Akhir akan dimaklumkan melalui akaun Pendaftaran Baru/ Daftar Masuk yang telah didaftarkan.

Berikut merupakan langkah-langkah penting untuk rujukan pemohon;

  1. Sila sediakan dokumen yang jelas untuk dimuat naik ke dalam sistem pendaftaran ketika sesi pendaftaran bersemuka nanti.
  2. Sila daftar menggunakan Komputer/Komputer Riba bagi memudahkan pendaftaran.
  3. Sebarang rayuan selepas tamat tempoh permohonan tidak akan dilayan.
  4. Pihak Pengambilan berhak membatalkan permohonan pemohon jika terdapat keraguan, penipuan dan pemalsuan maklumat.
  5. Layari https://army.mil.my untuk maklumat selanjutnya atau layari Facebook Rasmi Tentera Darat Malaysia.
  6. Sebarang pertanyaan, sila hubungi di no berikut pada waktu hari bekerja: 03-4014 0470

NOTA: PENDAFTARAN DALAM TALIAN AKAN DIBUKA APABILA TARIKH PERMOHONAN DIBUKA SAHAJA.


Panduan Mendaftar Online

1. Tekan (Click) pautan (link) seperti berikut:

2. Isi maklumat penuh seperti berikut tanpa sebarang kesilapan:

  • NAMA PENUH
  • NO KAD PENGENALAN
  • JANTINA
  • NO TELEFON (Boleh dihubungi)
  • EMAIL (Aktif)
  • KATA LALUAN (Pastikan anda tidak terlupa Kata Laluan)
  • Tekan (Click) DAFTAR

(Pastikan email yang digunakan masih aktif kerana sebarang maklumat akan dihantar ke alamat email yang diberikan)

3. Log Masuk menggunakan No Kad Pengenalan, Email dan Kata Laluan (Yang Anda Daftarkan).

4. Isi Maklumat Peribadi yang diperlukan dalam Borang Permohonan menggunakan HURUF BESAR.

5. Setelah maklumat lengkap diisi, calon perlu tekan (click) butang HANTAR.

6. Untuk membuat semakan, calon boleh membuat semakan status permohonan di bahagian Semak Status Permohonan di akaun yang telah anda daftarkan.

Maklumat Lanjut

1. Layari laman sesawang rasmi dan media sosial rasmi Tentera Darat di:

2. Alamat Surat Menyurat:

  • Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat, Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat 2, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur
  • Telefon Bimbit Pegawai:
  • 017-4033752: Leftenan Noraini
  • 019-2536556: Staf Sarjan Ridhwan
  • No Telefon Pejabat: 03-4014 0470 (Waktu Hari Bekerja)
  • Email: selpengambilandarat@gmail.com

Related Posts

Kanser Kolorektal: Ketakutan, kesedaran, tindakan

MAC merupakan Bulan Kesedaran Kanser Kolorektal, iaitu kanser kedua paling kerap didiagnosis dan tertinggi dalam kalangan lelaki di Malaysia. Namun, di sebalik pelbagai kempen dan hebahan oleh agensi kesihatan, tahap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pulau Pangkor: Gabungan pantai, sejarah dan budaya tempatan

Nama : Rashidiin Teh PULAU Pangkor merupakan sebuah pulau yang terletak di perairan Selat Melaka dan berada di bawah pentadbiran negeri Perak. Pulau ini dikenali sebagai salah satu destinasi pelancongan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar

Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar

Malaysia dipuji ulama antarabangsa, jadi penggerak penyatuan dan keamanan

Malaysia dipuji ulama antarabangsa, jadi penggerak penyatuan dan keamanan

Sarawak berpendirian teguh dalam MA63, tiada kompromi hak Sarawak – Sharifah Hasidah

Sarawak berpendirian teguh dalam MA63, tiada kompromi hak Sarawak – Sharifah Hasidah

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa 

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa