
SANDAKAN – Seramai lebih kurang 150 orang melaksanakan Solat Jenazah Ghaib Almarhum Ismail Haniyeh yang dipimpin oleh Imam Rusdi di Masjid Datuk Haji Basrah PPR Sungai Manila, Batu 12, di sini, tengah hari tadi.
Hal itu susulan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang mengajak semua masjid di negeri ini untuk melaksanakan Solat Jenazah Ghaib selepas Solat Fardhu Jumaat sebagai tanda solidariti umat Islam di Malaysia terhadap perjuangan umat islam Palestin menentang kezaliman rejim zionis Israel.
Menurut Ustaz Rusdi, 40, Solat Jenazah Ghaib yang dipimpinnya untuk Almarhum Ismail Haniyeh sangat memberi kesan dan sedih terhadap pemergian seorang tokoh Islam yang merupakan pemimpin Hamas.
Tambahnya lagi, Ismail Haniyeh juga merupakan tokoh Islam yang disegani dalam memperjuangkan nasib umat islam di Palestin.
Almarhum Ismail Haniyeh telah kembali ke rahmatullah pada 31 Julai lepas.