Penduduk Jalan Tok Kangar lega, kerja naik taraf dijangka siap tahun depan

JURU – Penduduk di sekitar Jalan Tok Kangar di sini, boleh menarik nafas lega apabila isu naik taraf dan pelebaran jalan raya yang berlarutan lebih lapan tahun lalu akan dapat diselesaikan tidak lagi.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari berkata, projek pelebaran jalan dari satu lorong ke dua lorong dari Jalan Perusahaan ke Persimpangan Jalan Tok Kangar Fasa Dua yang berlaku kelewatan disebabkan atas pelbagai faktor.

Menurutnya, disebabkan kontraktor asal tidak dapat memenuhi terma-terma kontrak dan menyiapkan projek berkenaan mengikut tempoh ditetapkan mengakibatkan kontraknya telah ditamatkan pada 23 Disember tahun lalu.

“Berikutan itu, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) selaku agensi pelaksana telah melantik kontraktrok penyiap bagi menjalankan baki-baki kerja di tapak dan ia mengambil masa kira-kira 12 bulan untuk disiapkan.

“Kontraktor penyiap telah masuk tapak 15 April lalu dan kita jangkakan semua kerja-kerja dapat disiapkan pada 14 Oktober tahun depan,” katanya pada sidang akhbar di tapak projek di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah, Gooi Hsiao Leung.

Mengulas lanjut, Zairil berkata, beberapa skop kerja baharu juga perlu dilakukan oleh kontraktor penyiap antaranya membina jambatan baharu di laluan berkenaan dan pembinaan kolam takungan sementara tambahan di tapak projek.

Jelasnya, pembinaan kolam takungan baharu itu bagi mengurangkan risiko banjir di laluan terbabit.

Selain itu, katanya, kontraktor juga akan menempatkan kawasan pusingan U dan lampu isyarat di Taman Delima.

“Pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lepas ada dibangkitkan juga sama ada laluan lencongan akan dibuka boleh dibuka kepada pengguna jalan raya di sini dan sukacita dimaklumkan PDC telah menyiapkan kerja-kerja turapan dan pembukaan lencongan jalan akan dibuka bermula hari ini,” katanya.

Sementara itu, Hsiao Leung melahirkan rasa syukur dan gembira dengan perkembangan projek berkenaan yang akan memberi keselesaan kepada penduduk di kawasan Juru terutama mereka yang melalui laluan berkenaan setiap hari.

Katanya, pemasangan lampu solar di sepanjang laluan dan kamera litar tertutup di laluan berkenaan juga akan mengurangkan risiko kemalangan yang pasti melegakan pengguna jalan raya dan penduduk berhampiran.

November tahun lalu, media melaporkan keluhan Penduduk di sekitar kawasan Juru yang menuntut penjelasan dan tindakan segera kerajaan dalam menangani isu kesesakan trafik serta jalan rosak di Jalan Tok Kangar di sini selepas ia didakwa berlarutan lebih lapan tahun lalu.

Masalah yang berlaku bukan sahaja mengakibatkan mereka terperangkap dalam kesesakan yang panjang terutamanya pada waktu puncak malah keadaan lebih teruk lagi apabila kawasan itu dikatakan sering berlaku banjir kilat.

Related Posts

Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

KOTA KINABALU – Program Jom Masuk Universiti peringkat Zon Pantai Barat Sabah menjadi platform penting kepada pelajar, khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mendapatkan maklumat terkini mengenai peluang melanjutkan pengajian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

BETONG – Pembukaan Jalan Lubok Tamang disifatkan sebagai pemangkin penting kepada pembangunan luar bandar, khususnya dalam memperkukuh jaringan perhubungan dan merangsang ekonomi penduduk di Saribas. Laluan sepanjang 9.5 kilometer itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

  • By Ynom
  • April 18, 2026
Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat