Penduduk dakwa kerajaan Kelantan tidak berperikemanusiaan

GUA MUSANG – Tindakan kerajaan Kelantan mengarahkan kira-kira 100 penduduk di Kampung Bertam Lama, dekat sini, mengosongkan kediaman mereka tanpa diberikan pampasan adalah sangat tidak berperikemanusiaan.

Sudahlah diusir dari rumah yang mereka diami lebih lima dekad, nasib mereka yang sebelum ini dijanjikan pampasan juga belum ditunaikan kerajaan negeri.

Berikutan itu, ada antara penduduk terpaksa menumpang kediaman saudara – mara mereka dan tidak kurang juga yang perlu mencari rumah sewa untuk dijadikan tempat berlindung.

Difahamkan, kerajaan Kelantan pimpinan Pas bukan sahaja menjanjikan pampasan kepada 20 keluarga terbabit, bahkan turut menabur janji kononnya setiap keluarga bakal menerima penempatan baharu.

Setakat ini, tinjauan dibuat wartawan The Malaysia Press mendapati belum ada satu pun janji diumumkan kerajaan negeri ditunaikan.

Penduduk mendakwa proses pemindahan dan perobohan kediaman sudah dilakukan sekian lama dan semua penduduk kini dalam keadaan ‘tergantung’ kerana tidak tahu apa kesudahan nasib mereka.

Arahan meroboh dan mengosongkan kawasan itu dibuat atas alasan bagi memberi laluan kepada projek pembinaan jalan baharu dari Jambatan Bertam ke Jalan D235.

Seorang penduduk yang sempat ditemui, Yusof Ibrahim, 65, berkata, pelbagai usaha telah dilakukan kumpulan penduduk di situ, namun usaha itu seolah-olah tidak diendahkan kerajaan negeri.

Katanya, dia bersama penduduk yang lain amat berharap pampasan dijanjikan dapat dilangsaikan segera pihak berwajib atas dasar empati.

“Kami tahu, tanah yang kami duduki adalah tanah milik kerajaan namun kami harap atas dasar perikemanusiaan dan ihsan adalah sedikit sumbangan, saguhati atau pampasan daripada pihak kerajaan,” jelasnya.

Sementara itu, Safinah Abdul Rahman turut kecewa dan merasakan mereka dilayan seperti pendatang asing.

“Memang kami rasa sedih dan amat kecewa dengan apa yang berlaku. Cuma kami tidak mahu meminta apa-apa… yang kami mahu hanyalah pampasan sewajarnya terhadap rumah kami yang telah dirobohkan.

“Jadi saya berharap agar pihak kerajaan pertimbangkan atas dasar empati terhadap rakyat seperti kami,” ujarnya.

Pada Mei lalu, notis dikeluarkan kepada penduduk kerana binaan rumah mereka dikatakan berada di atas tanah rizab sungai dan rizab milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Mereka diminta mengosongkan bagi melakukan kerja merobohkan rumah selewat-selewat 15 Mei lalu.

Related Posts

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil langkah pengawalan susulan isu gangguan monyet liar atau dikenali sebagai monyet gunung di Taman Rekreasi Gunung Lang, di sini, yang tular dan dilaporkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

MIRI – Seramai 500 murid daripada golongan asnaf di daerah ini menerima khabar gembira apabila terpilih menerima sumbangan dana Zakat i-Asnaf daripada Petronas Carigali Sdn Bhd. Sumbangan menerusi Badan Asy…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam