Penduduk Balingian bakal nikmati kemudahan mesin ATM

KUCHING – Penduduk Balingian bakal menikmati kemudahan perbankan yang lebih mudah dan selamat apabila kerajaan negeri mengumumkan penyediaan mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin pengitar wang tunai (CRM) di Pejabat Daerah Kecil Balingian di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala berkata, usaha ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak bersama Bank Negara Malaysia dalam memperluas akses perbankan, khususnya di kawasan luar bandar yang masih belum menikmati kemudahan tersebut.

“Setakat ini, sebanyak 19 Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah Kecil di seluruh negeri telah dilengkapi ATM dan CRM dalam fasa pertama pelaksanaan, sementara Balingian akan menerima kemudahan sama pada fasa seterusnya.

“Penempatan kemudahan perbankan di premis kerajaan negeri bukan sahaja memudahkan urusan kewangan harian penduduk, malah meningkatkan penyertaan masyarakat luar bandar dalam sistem perbankan formal serta membantu mengurangkan kos sara hidup melalui penjimatan masa dan perjalanan,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa beberapa kriteria perlu dipenuhi sebelum lokasi diluluskan, termasuk keadaan bangunan yang kondusif dan selamat, kemudahan telekomunikasi yang memadai serta akses jalan raya bagi memastikan proses pengisian semula wang tunai dapat dilakukan dengan lancar.

Inisiatif ini turut menjadi bukti iltizam kerajaan negeri untuk memastikan keterangkuman kewangan yang lebih meluas, sekali gus menyokong agenda pembangunan luar bandar yang lebih progresif dan berimpak tinggi.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

KABONG – Beberapa Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) berjaya disiapkan dan diserahkan kepada penduduk dalam satu program yang berlangsung pada Jumaat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

MIRI — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) berjaya menahan sebuah kapal tunda, selepas mengesan aktiviti penyalahgunaan dadah dalam operasi penguatkuasaan di perairan Miri pada petang Sabtu. Pengarah Zon Maritim Miri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

RM21 juta lindungi Tebingan Seblak, projek baik pulih bermula September

RM21 juta lindungi Tebingan Seblak, projek baik pulih bermula September