Pendaki warganegara Hong Kong cedera, terjatuh semasa turun gunung

RANAU – Seorang pendaki lelaki dilaporkan cedera paha kanan akibat terjatuh semasa menuruni gunung di Sick Bay Panalaban Gunung Kinabalu, pada Ahad.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Ranau, PPgB Ridwan Mohd Taib mangsa merupakan warganegara Hong Kong berumur 30 tahun.

Ridwan berkata, sebaik menerima panggilan daripada malim gunung pada pukul 9:03 pagi berhubung kejadian, lima anggota Pasukan Bomba Bantuan (BBP) MoSAR bersama Komander Operasi Pegawai Bomba Bantuan (PBB), Saudin@Roland Sopain bergegas ke lokasi.

“PBB MoSAR menerima panggilan kecemasan daripada malim gunung terdapat seorang pendaki di bawah jagaan beliau terjatuh semasa menuruni gunung di KM6.3 dan mengalami kecederaan di paha kanan.

“PBB MoSAR bersama Sabah Park bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa,” jelasnya.

Menurutnya, mangsa seterusnya dibawa turun ke Timpohon Gate dengan menggunakan ‘Niel Robertson Stretcher’.

Katanya, maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Related Posts

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

BINTANGOR – Penyelewengan 5,030 liter diesel terbongkar selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sarikei menyerbu sebuah premis di Sungai Medor, di sini pada Khamis. Tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

GERIK – Seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam satu kes gangguan seksual di sebuah pasar raya di daerah ini, pada Khamis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI