
PENDAFTARAN program pemulihan sukarela bagi ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dibuka semula dan berkuat kuasa sehingga diberitahu kelak.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin berkenaan disepakati selepas menentukan anggota GISB memerlukan bimbingan dari segi akidah dan penghidupan, susulan tindakan penguatkuasaan terhadap pertubuhan itu.
“Bagi menawarkan lebih ramai ahli peluang menyertai program itu, kerajaan memutuskan untuk membuka semula dan meneruskan pendaftaran dalam talian sehingga tarikh yang akan ditetapkan.
“Pendaftaran dalam talian boleh dilakukan, dan semua peserta akan dihubungi terlebih dahulu untuk penyelarasan logistik,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Bagi Individu yang berminat, boleh mendaftar secara dalam talian melalui pautan https://form.jotform.com/242760538389468.
Pusat panggilan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh dihubungi di talian 03-8870 7294/ 7295/ 7296 atau pihak MKN di talian 03-8888 0733 untuk bantuan pendaftaran dalam talian.
Selain itu, pendaftaran boleh dibuat di Jabatan Agama Islam negeri dan ibu pejabat polis daerah.
Sebelum ini, kerajaan telah menawarkan program pemulihan sukarela ini kepada ahli GISBH yang masih bebas di negara ini, bertujuan untuk membimbing mereka kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.
Datuk Baharuddin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah MKN, menyatakan bahawa program tiga bulan yang dibuka dari 14 Oktober hingga 14 November itu mengalu-alukan penyertaan ahli pertubuhan itu, tanpa mengira umur atau jantina.
Pada 14 Nov lepas, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) mengisytiharkan bahawa ajaran, akidah dan kefahaman GISBH adalah sesat dan tersasar daripada ajaran Islam.



