Pemuda UMNO buat laporan polis isu dajal

SUNGAI PETANI – Rentetan dari kenyataan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menggelar UMNO sebagai dajal, Exco Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Nor Aizat Mohd Nor Azam membuat laporan polis terhadap kenyataan Presiden Pas itu.

Beliau yang membuat laporan polis tersebut pada Rabu di IPD Kuala Muda berkata, kenyataan melabel UMNO sebagai dajal itu boleh mengelirukan orang awam, seterusnya perlu disiasat.

“Kenyataan Presiden Pas ini yang berniat mengelirukan masyarakat dan berbaur fitnah, dapat disiasat di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi & Multimedia Malaysia,” katanya.

Selaku Pengerusi Biro Undang-Undang Pemuda UMNO Malaysia, beliau menyifatkan kenyataan tersebut sangat tidak bertanggungjawab kerana menuduh UMNO menggunakan politik wang dan boleh menimbulkan khianat awam.

Tambah beliau, sebagai orang yang mempunyai latar belakang pendidikan agama, Hadi sewajarnya mencermin diri terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan sebegitu.

“Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang sebagai teras negara, penulisan seperti ini seharusnya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja”.

“Jika Tan Sri Presiden Pas tidak puas hati akan kekalahan di PRK Nenggiri, boleh gunakan saluran undang-undang yang ada, bukan dengan mengeluarkan dakyah bahawa UMNO adalah seperti dajal,” ujar beliau.

Related Posts

Pas lebih galak sentuh isu Albert, senyap bab video Azmin

PEMERHATI politik, Raggie Jessy Rithaudeen, mempersoalkan tindakan Pas yang didakwanya lantang mengulas video membabitkan ahli perniagaan, Albert Tei, namun memilih untuk berdiam diri berhubung isu video lama yang pernah dikaitkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kabinet kerajaan baharu Sabah dibentuk, 10 jemaah menteri angkat sumpah

KOTA KINABALU – Sabah kini mempunyai barisan Kabinet baharu yang terdiri daripada 10 jemaah menteri yang mengangkat sumpah depan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Kinabalu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah