Pemuda PBB jelaskan kedudukan GPS dalam PRN17 Sabah

KUCHING – Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada Selasa menegaskan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau menghantar wakil parti untuk terlibat dalam kempen Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Penjelasan itu dibuat susulan tular gambar kehadiran Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, yang juga Presiden Progressive Democratic Party (PDP), di kawasan Sri Tanjong bagi menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan.

Menurut kenyataan Pemuda PBB, Datuk Seri Tiong berada di Sabah atas kapasiti peribadi sebagai Menteri Persekutuan, dan bukan mewakili GPS atau bertindak atas arahan pimpinan gabungan itu.

Pemuda PBB turut menegaskan sebarang kenyataan atau tindakan Datuk Seri Tiong sepanjang PRN Sabah tidak mencerminkan pendirian rasmi GPS. Jelasnya, GPS komited menjaga hubungan baik dengan kerajaan Sabah dan tidak campur tangan dalam urusan politik tempatan sepanjang pilihan raya berlangsung.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi mengelakkan salah faham serta mengesahkan pendirian GPS yang kekal neutral dalam PRN17 Sabah.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi