Pemuda Pas buta undang-undang, Fadzil Noor pernah bela Anwar

ANAK bekas presiden Pas, Fadzil Noor mengingatkan sayap Pemuda parti itu bahawa Allahyarham bapanya, berdiri teguh dalam mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Perdana Menteri itu menghadapi pertuduhan liwat suatu ketika dahulu.

Setiausaha Agung Amanah, Faiz Fadzil berkata, arwah bapanya juga selalu berkongsi cerita mengenai kezaliman terhadap Anwar di rumah dan hampir setiap malam ketika berceramah.

“Almarhum Fadzil Noor juga tidak pernah jemu mengunjungi Anwar Ibrahim ketika prosiding mahkamah berlangsung serta almarhum Fadzil Noor juga adalah pemimpin pertama pembangkang ketika itu hadir mempertahankan Anwar Ibrahim,” kata bekas Adun Permatang Pasir itu dalam kenyataan media.

Faiz mengulas gesaan Timbalan Ketua Pemuda Pas, Mohd Hafez Sabri agar Anwar memohon semakan terhadap kes liwat berkenaan.

Ia susulan ucapan Anwar pada Sabtu lalu sempena ulang tahun ke-25 gerakan Reformasi, di mana presiden PKR itu menyatakan dirinya sebagai ‘banduan terhormat’ yang berdepan dengan ‘tuduhan yang zalim dan keji’.

Anwar dipenjarakan sebanyak dua kali atas tuduhan salah guna kuasa dan liwat, yang menurutnya direka oleh musuh politiknya.

Kes pertama adalah pada 1999 ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri. Dia dibebaskan pada 2004 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Mahathir.

Faiz mengingatkan Pemuda Pas bahawa bapanya pada 1999 telah membentuk gerakan bernama Gerak untuk menggerakkan sokongan rakyat bagi membela Anwar.

“Menubuhkan Gerak adalah langkah pertama almarhum Fadzil Noor menggerakkan gerakan rakyat membela Anwar Ibrahim yang kemudiannya menjadikan Pas mula diterima rakyat pelbagai lapisan sehingga menjadi parti politik yang kuat dan menang 27 kerusi parlimen dalam PRU 1999,” katanya merujuk Barisan Alternatif yang disertai PKR, DAP, PAS dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

“Adakah Pemuda Pas bersedia menyangkal fakta sejarah ini?” soal Faiz.

Pada 2015, Anwar disabitkan sekali lagi atas tuduhan liwat ketika pentadbiran Najib Razak.

Faiz yang juga seorang peguam, mengingatkan Pemuda Pas bahawa Anwar telah dibebaskan dalam kes liwat pertama tanpa sebarang sabitan oleh Mahkamah Persekutuan.

Manakala bagi kes kedua, katanya, pengampunan penuh diraja telah diberikan yang menjadikan semua rekod sabitan kes kedua dibersihkan.

“Oleh itu, saranan Timbalan Ketua Pemuda Pas, saudara Mohd Hafez Sobri bahawa Anwar Ibrahim perlu memohon semakan semula kes adalah tidak berasas dan menunjukkan pemuda Pas buta undang-undang.

“Ini adalah kerana tiada sabitan kes yang ada untuk disemak semula, sebaliknya yang perlu disemak adalah pemikiran pemimpin Pas yang tidak habis-habis mengungkit kisah lama yang tiada lagi rekod jenayah seolah-olah Pas ketandusan idea sebagai pembangkang,” tegasnya.

Faiz berkata, ketika pemimpin lama Pas, termasuk Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempertahankan Anwar, pelbagai nas dan dalil dikemukakan bagi mengukuhkan hujah kezaliman tersebut.

“Namun, kini Pas seperti biasa mencari fatwa baru pula dengan mengubah fatwa lama. Itulah sikap Pas, yang mahir menggunakan fatwa demi keuntungan politik.

“Pas kini tidak lagi mempunyai prinsip sepertimana sikap pemimpin Pas terdahulu,” kata Faiz.

Related Posts

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi serta diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan bagi tempoh 14 hingga 20 Mei ini susulan penurunan harga minyak di pasaran antarabangsa. Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah tangguh pelaksanaan AKPS, dakwa isu kuasa imigresen terjejas

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di negeri ini selepas meneliti beberapa isu berkaitan kedudukan kuasa imigresen serta hak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu