Pemilihan PKR diadakan mengikut jadual

TEMERLOH – Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh memaklumkan pemilihan parti itu akan diadakan sebaik mandat dipegang barisan pimpinan sekarang, berakhir Mei tahun depan.

Beliau menjelaskan tidak timbul isu pemilihan PKR akan ditangguhkan kerana mandat pimpinan sedia ada masih sah.

“Sebenarnya pemilihan parti memang tarikh akhir pada Mei 2025… maksudnya tidak ada sebab untuk menangguhkannya.

“Kena perbetulkan naratif… pemilihan bukan ditangguh dan ia akan diadakan mengikut masa.

“Sebab (sebelum ini) ada yang mungkin memikirkan perlu ditangguh, tapi tarikh akhir adalah Mei 2025,” katanya selepas melakukan tinjauan skim harga maksimum sempena Deepavali di Mentakab, dekat Temerloh, hari ini.

Ahad lalu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, pemilihan yang dipercepatkan akan membuka ruang kerjasama antara tenaga muda dengan pemimpin lama untuk berganding bahu menguruskan parti dengan lebih efektif.

Perdana Menteri itu berkata, keputusan tidak menangguhkan pemilihan PKR itu diambil dalam Mesyuarat Biro Politik parti.

Ketika ditanya sama ada kebimbangan tahap sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan adalah antara punca cadangan menangguhkan pemilihan parti disuarakan, Fuziah menegaskan perkara itu tidak timbul.

“Kerajaan ini kerajaan yang stabil dan kita perlu beri peluang kepada Perdana Menteri untuk selesaikan tugas beliau hingga cukup penggal,” katanya.

Related Posts

PKR Sabah tegas perjuangan reformasi, MA63 diteruskan

KOTA KINABALU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah menegaskan peletakan jawatan Ketua Cabang Tuaran dan Semporna tidak akan menjejaskan komitmen parti dalam meneruskan agenda reformasi serta perjuangan hak Sabah termasuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Sabah hanya pelengkap kerajaan negeri, bukan lagi parti dominan

PUTRAJAYA – Peranan UMNO Sabah dalam landskap politik negeri kini tidak lagi seperti era awal kemasukan parti itu, sebaliknya hanya berfungsi sebagai pelengkap dalam gabungan kerajaan negeri sedia ada. Bekas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Retorik “Bela Rakyat” Pas Terengganu semakin tercabar dalam isu cukai pintu

Retorik “Bela Rakyat” Pas Terengganu semakin tercabar dalam isu cukai pintu

Baram bakal jadi hab pelancongan budaya Sarawak

Baram bakal jadi hab pelancongan budaya Sarawak

Sokong kod baharu ONSA pelihara keselamatan kanak-kanak, KPWKM salur dana RM5 juta untuk Program Rhythm

Sokong kod baharu ONSA pelihara keselamatan kanak-kanak, KPWKM salur dana RM5 juta untuk Program Rhythm

Facebook gagal beri kerjasama namun TikTok ambil pendekatan utamakan keselamatan dalam talian

Facebook gagal beri kerjasama namun TikTok ambil pendekatan utamakan keselamatan dalam talian

Nota Jemaah Menteri akan dibentang  gempur scam dan judi dalam talian

Nota Jemaah Menteri akan dibentang  gempur scam dan judi dalam talian

Kementerian Komunikasi cari jalan agar TikTok izinkan media jana pendapatan

Kementerian Komunikasi cari jalan agar TikTok izinkan media jana pendapatan