Pemikiran Islam liberal sesat, menyesatkan

KUANTAN – Jabatan Mufti Negeri Pahang memutuskan aliran pemikiran Islam liberal sebagai sesat dan menyesatkan.

Selain itu, fahaman terbabit juga didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.

Menerusi satu kenyataan di laman sesawang Jabatan Mufti negeri, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bilangan 4/2025.

“Mesyuarat itu bersidang pada 13 hingga 14 Oktober tahun lalu dan telah memutuskan perkara berkenaan.

“Aliran pemikiran Islam liberal adalah sesat dan menyesatkan serta menyeleweng daripada ajaran Islam.

“Islam liberal adalah fahaman atau doktrin penafsiran dan pemahaman semula agama Islam dalam kehidupan semasa berdasarkan kerangka liberalisme di Barat sehingga menyeleweng daripada agama Islam berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” kata kenyataan itu.

Antara ciri aliran pemikiran Islam liberal, menurut kenyataan berkenaan, adalah seperti menjadikan akal-rasional (rasionalisme) sebagai sumber utama epistemologi, iaitu dengan kebebasan berfikir tanpa batas dalam semua perkara.

Selain itu juga, pentafsiran semula al-Quran menggunakan kaedah hermeneutik (metode pentafsiran dan kritikan teks Bible) sehingga berlaku percanggahan dengan makna al-Quran yang sebenar turut dikesan oleh pendokong fahaman terbabit.

“Kumpulan ini juga menolak hadis secara halus sebagai sumber hukum dalam Islam dan merendah-rendahkan kedudukan Nabi Muhammad SAW.

“Mereka juga dikatakan menerima sekularisme seperti dualisme (saling bertentangan) antara wahyu-akal, kebebasan individu, konsep negara sekular serta demokrasi liberal
dan sebagainya,” tambah kenyataan itu.

Mesyuarat mendapati kelompok ini juga mendakwa tiada kebenaran mutlak (relativisme kebenaran) dalam agama dan kehidupan, iaitu dengan memanipulasi wacana kesabitan ilmu; menolak autoriti ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, mengabaikan hukum dari ijmak serta jumhur dan mengetepikan disiplin ilmu Islam yang telah mapan.

“Kumpulan ini didapati bebas untuk berijtihad dengan melakukan rombakan semula terhadap hukum syariah dengan dakwaan mengutamakan tujuan hukum (maqasid syariah) berbanding bentuk hukum.

“…. menyokong pluralisme agama iaitu fahaman semua agama adalah sama benar dan membawa kepada tuhan, konsep dan jalannya sahaja yang berbeza; berpegang dengan nilai-nilai dan hak asasi manusia menurut tafsiran Barat seperti kebebasan beragama (bebas murtad), seks bebas, LGBTQ dan lain-lain.

“Mereka turut berusaha menghapuskan institusi Islam dalam negara melibatkan Mahkamah Syariah dengan meruntuhkan Undang-Undang Jenayah Syariah, Jabatan Agama Islam dan lain-lain; dalam masa sama membela golongan menyeleweng atas dakwaan ditindas dalam negara Muslim seperti golongan yang ingin murtad, kumpulan ajaran sesat dan penentang Islam,” jelasnya.

Kumpulan pengamal Islam liberal cenderung menyokong feminisme dan mengangkat wacana kesetaraan gender dengan dakwaan kaum wanita telah didiskriminasi oleh kaum lelaki dan ulama.

Sehubungan itu, mesyuarat memutuskan bahawa mana-mana individu atau kumpulan orang berpegang dan mengamalkan pemikiran Islam liberal adalah sesat dan menyesatkan serta menyeleweng daripada ajaran Islam.

“Setiap orang Islam hendaklah menjauhi pemikiran Islam liberal ini, serta dilarang berpegang dan mengamalkannya.

“Mana-mana orang Islam yang telah berpegang dan mengamalkannya hendaklah segera bertaubat kepada Allah SWT.

“Apa-apa publisiti, pengajaran, penulisan, penyiaran dan penerbitan bahan bercetak, audio visual, online atau apa-apa yang berkaitan aliran pemikiran Islam liberal adalah tidak dibenarkan dan hendaklah disekat,” ujar kenyataan berkenaan.

Related Posts

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

PUTRAJAYA – Pengamal media, khususnya wartawan, jurufoto dan juruvideo memohon pertimbangan kerajaan supaya kuota 300 liter RON95 yang dinikmati sebelum ini dikekalkan. Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) berkata, keputusan kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

PUTRAJAYA – Kerjasama strategik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) dalam aspek pemuliharaan karya seni bernilai tinggi yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sebagai tanda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos