Pembukaan pejabat Kedutaan Kosovo kukuh hubungan dua negara

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan pembukaan Kedutaan Kosovo di Kuala Lumpur, yang dijadualkan dirasmikan pada jam 6 petang, hari ini.

Dalam sidang media bersama sempena lawatan rasmi selama empat hari Presiden Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu, Perdana Menteri menyifatkan pembukaan kedutaan itu sebagai detik penting dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Kosovo.

“Ini pastinya akan memudahkan urusan perdagangan, pelaburan, pendidikan, kebudayaan, dan pelancongan antara kedua-dua negara.

“Ia juga merangkumi kerjasama dalam produk halal memandangkan piawaian halal Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa, sekali gus membantu memudahkan eksport produk dari Malaysia dan Kosovo,” kata Anwar.

Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama ekonomi, khususnya dalam memanfaatkan hubungan Kosovo dengan Kesatuan Eropah.

“Tetapi yang lebih penting ialah kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan agar kita dapat memanfaatkan kekuatan Kosovo serta hubungannya yang erat dengan Kesatuan Eropah,” katanya.

Osmani yang tiba semalam, diberi istiadat sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, pagi tadi.

Malaysia adalah antara negara Asia terawal mengiktiraf kemerdekaan Kosovo pada 30 Oktober 2008, dengan hubungan diplomatik rasmi dimeterai pada 18 Mac 2011.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan