Pembangkang masih tercari-cari idea mahu saingi gagasan MADANI – KP JKOM

KETUA Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berpandangan bahawa Perikatan Nasional (PN) masih belum memiliki satu gagasan jelas untuk menyaingi idea Malaysia MADANI yang diterajui kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Ismail, walaupun ada usaha kecil-kecilan seperti tunjuk perasaan dan perhimpunan awam, namun ia tidak mencerminkan kekuatan sebenar pembangkang untuk mengambil alih kerajaan.

“Sebenarnya, kalau ditanya sejujurnya dan seikhlasnya kepada rakyat, ini bukan masanya untuk kita mewujudkan suasana yang menyebabkan pelabur bimbang untuk datang, atau menimbulkan kegusaran kepada rakyat berkaitan soal keamanan dan ketenteraman awam,” katanya dalam podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa politik seharusnya diurus secara aman dan matang serta perbezaan pandangan dalam sesebuah parti, termasuk di pihak kerajaan mahupun pembangkang, adalah perkara biasa dalam sistem demokrasi.

Namun, beliau menyifatkan PN ketika ini lebih terarah kepada agenda dalaman, khususnya usaha menukar kepimpinan parti berbanding membentuk satu kerangka konsensus yang kukuh bagi menawan hati rakyat.

“Saya tidak nampak mereka dalam Bersatu, misalnya, benar-benar bersungguh untuk menukar kerajaan. Sebaliknya, mereka lebih bersemangat untuk menukar kepimpinan,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail menzahirkan penghargaan terhadap pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menurutnya telah bertindak secara berhemah dan penuh kebijaksanaan dalam menangani situasi yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam.

Beliau turut menggambarkan bahawa Kerajaan Perpaduan di bawah jenama MADANI telah menunjukkan pelbagai hasil positif dalam tempoh hampir tiga tahun mentadbir negara.

“Kita telah melihat keberhasilan daripada kerjasama parti-parti yang membentuk Kerajaan MADANI, dalam soal kebajikan rakyat, kestabilan ekonomi dan keharmonian kehidupan bersama. Itu semua boleh dinilai secara adil oleh rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau percaya bahawa cabaran utama pembangkang kini adalah untuk merangka jenama baharu yang mampu menandingi daya tarikan jenama MADANI dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Ketika ditanya respons mengenai pihak pembangkang yang menjangkakan PRU16 akan diadakan lebih awal, Ismail berpandangan bahawa mereka tiada ‘modal’ untuk menandingi ketelusan Kerajaan MADANI dalam menjaga kebajikan rakyat.

“Sebenarnya saya tak bersetuju untuk menghadapi PRU16 (lebih awal). Mereka (pembangkang) sedang berfikir tentang idea yang mereka nak bawa untuk ‘counter’ ataupun melawan idea MADANI yang mula mendapat penerimaan rakyat walaupun ia ada pelbagai isu yang berbangkit kerana soal kos sara hidup ini dia adalah suatu yang sentiasa berbangkit.

“Kerajaan juga tidak pernah putus asa untuk untuk memastikan bahawa rakyat tidak terkesan dengan segala polisi dasar yang nampak lebih ‘affirmative’ khususnya dalam konteks pecukaian kerana sangat penting dalam konteks pembinaan negara bangsa,” ujarnya.

Related Posts

Rakyat Malaysia perlu berhenti berbalah isu bahasa

BENTONG – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghentikan pertelingkahan berpanjangan antara kaum berhubung isu bahasa, sebaliknya kembali memberi tumpuan kepada usaha membina masa depan anak-anak negara lebih berdaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas Panglima Tentera Darat tak mengaku terima rasuah lebih RM2.12 juta

Kuala Lumpur: Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan yang berdepan empat pertuduhan rasuah berjumlah lebih RM2.12 juta, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

  • By Ynom
  • January 22, 2026
SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

  • By Fandi
  • January 22, 2026
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

  • By Ithma
  • January 22, 2026
SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar

  • By Fatin
  • January 22, 2026
PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar