Pemandu pelancong rugi lebih RM160,000 diperdaya tawaran kerja sambilan

BATU PAHAT – Seorang pemandu pelancong berputih mata apabila kerugian sehingga RM163,731.85 selepas diperdaya tawaran pekerjaan sambilan yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mangsa lelaki berusia 39 tahun sebelum itu telah berurusan dengan seorang suspek melalui aplikasi WeChat.

“Suspek menyamar sebagai ejen pekerjaan sambilan dan meminta mangsa membeli beberapa barangan melalui laman sesawang. Mangsa dijanjikan ganjaran keuntungan berlipat ganda.

“Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu kemudian melakukan pemindahan wang ke dalam 18 akaun berbeza secara berperingkat sejak 28 Mei hingga 28 Julai lalu dengan membabitkan jumlah keseluruhan RM163,731,” katanya dalam kenyataan.

Selepas memasukkan wang, suspek meminta mangsa membuat pembayaran lain terlebih dahulu jika ingin mendapatkan keuntungan hasil pekerjaan atau pembelian barangan terbabit.

“Bagaimanapun, mangsa mulai curiga serta enggan menuruti arahan suspek. Mangsa mengesyaki dirinya telah ditipu dan tampil membuat laporan di Balai Polis Ayer Hitam, di sini, kelmarin,” katanya.

Shahrulanuar berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai tawaran pekerjaan sambilan melalui media sosial yang menjanjikan pulangan keuntungan atau komisen tinggi.

Related Posts

Tarikh baharu sidang DUN Perlis 3 hingga 5 Jun

KANGAR – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis bagi Penggal Keempat dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Jun 2026 selepas ditangguhkan baru-baru ini. Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu internet di Melaka ditangani segera, 358 lokasi diaudit

MELAKA – Kerajaan negeri mengambil langkah proaktif dalam menangani isu capaian internet apabila setiap aduan rakyat diberi perhatian segera dengan fokus terhadap peningkatan kualiti perkhidmatan. Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarikh baharu sidang DUN Perlis 3 hingga 5 Jun

Tarikh baharu sidang DUN Perlis 3 hingga 5 Jun

Isu internet di Melaka ditangani segera, 358 lokasi diaudit

Isu internet di Melaka ditangani segera, 358 lokasi diaudit

Kerajaan Negeri Sembilan ada 3 EXCO baru UMNO?

Kerajaan Negeri Sembilan ada 3 EXCO baru UMNO?

Op Hawk tahan lebih 1,000 individu terbabit kes dadah

Op Hawk tahan lebih 1,000 individu terbabit kes dadah

Bawa suara global, Malaysia sedia terajui Protokol Sumud

Bawa suara global, Malaysia sedia terajui Protokol Sumud

Wanita PKR kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan tarik sokongan

Wanita PKR kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan tarik sokongan