Pemandu parah, bas rempuh dua lori

ALOR GAJAH – Seorang pemandu lori parah manakala sembilan penumpang terselamat selepas bas ekspres dinaiki mereka merempuh dua lori dalam kemalangan di Kilometer 220.5 Lebuhraya Utara–Selatan arah utara di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.00 pagi itu, mangsa lelaki berusia 23 tahun yang memandu lori jenis Hino dipercayai tersepit di bahagian tempat duduk sebelum berjaya dikeluarkan pasukan bomba.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.02 pagi sebelum 10 anggota bersama sebuah jentera dan pasukan EMRS bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres dengan sembilan penumpang dan pemandunya, sebuah lori treler jenis Scania serta sebuah lori Hino tujuh tan.

“Pemeriksaan mendapati pemandu bas ekspres berusia 64 tahun dan sembilan penumpang terselamat, namun pemandu lori Hino berusia 23 tahun tersepit di tempat duduk,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Tambahnya, pemandu treler 14 tan berusia 56 tahun terselamat walaupun dirempuh bas terbabit ketika ketiga-tiga kenderaan berat itu sedang bergerak di lorong kiri lebuh raya.

Ujarnya, mangsa yang cedera parah dan tersepit dikeluarkan pasukan bomba dan diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Rembau oleh pasukan EMRS.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.58 pagi dan tiada sebarang masalah dilaporkan sepanjang operasi dijalankan,” katanya lagi.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat