Pemandu mengantuk dipercayai punca kereta terbabas, terhumban dalam sungai

ALOR SETAR – Kereta dinaiki enam beranak yang ditemukan lemas dalam Sungai Korok, Jitra dekat sini hari ini dipercayai terbabas sebelum terhumban ke sungai awal pagi Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pemandu kereta tersebut berada dalam keadaan mengantuk ketika kejadian.

Katanya, ia memandangkan siasatan awal di lokasi mendapati tiada kesan perlanggaran di tempat kejadian kecuali kesan brek kereta tidak jauh dari tempat kereta itu ditemukan.

“Kesemua mangsa dipercayai meninggal dunia akibat lemas setelah terperangkap dalam kereta jenis Proton Saga Iswara itu.

“Berdasarkan keterangan di tempat kejadian kita percaya kereta terbabas sendiri mungkin disebabkan mengantuk dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, semua mayat ditemukan di tempat duduk belakang saling berpelukan antara satu sama lain dipercayai terperangkap setelah terhumban dalam sungai.

“Jenazah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk dibedah siasat,” ujarnya.

Beliau turut mengesahkan, mayat tersebut ialah pasangan suami isteri Mohamad Azim Izat Ishak, 32, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, manakala empat anak mereka Putra Rayyan Nur Izzat, 9, Hawa Adriana Nur Izzat, 8, Annayla Humaira Nur Izzat, 8, dan Tuah Haydar, enam bulan.

Related Posts

Agro Tamu Medamit terus perkasa ekonomi masyarakat luar bandar

LIMBANG – Penganjuran Agro Tamu Medamit terus menjadi platform penting dalam merancakkan pertumbuhan sosioekonomi komuniti luar bandar, khususnya di kawasan Medamit dan Batu Danau. Program anjuran Jawatankuasa Tamu Medamit itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Orang Asli Gua Musang risau projek jalan perhubungan desa tertangguh

GUA MUSANG – Penduduk Orang Asli di beberapa pos pedalaman di sini meluahkan kebimbangan apabila projek Jalan Perhubungan Desa yang sedang dibina didakwa terhenti sejak lebih tiga bulan lalu tanpa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas perlu tinggalkan sikap khianat jika mahu UMNO laksana perubahan

Pas perlu tinggalkan sikap khianat jika mahu UMNO laksana perubahan

PH Negeri Sembilan terus raih sokongan akar umbi

PH Negeri Sembilan terus raih sokongan akar umbi

Agro Tamu Medamit terus perkasa ekonomi masyarakat luar bandar

Agro Tamu Medamit terus perkasa ekonomi masyarakat luar bandar

Orang Asli Gua Musang risau projek jalan perhubungan desa tertangguh

Orang Asli Gua Musang risau projek jalan perhubungan desa tertangguh

Jurukimpal dipenjara 33 tahun, 32 sebatan rogol anak tiri

Jurukimpal dipenjara 33 tahun, 32 sebatan rogol anak tiri

Cadangan ADUN lantikan cetus perdebatan, PKR negeri suarakan kebimbangan

Cadangan ADUN lantikan cetus perdebatan, PKR negeri suarakan kebimbangan