Pemandu maut lori pasir 10 tan terbabas

KOTA MARUDU – Seorang lelaki berusia 68 tahun meninggal dunia selepas lori yang dipandunya terbabas di tepi jalan di Kg. Mengaris, di sini pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyalamat (BBP) Kota Marudu, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Hasbi Hajat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada pukul 7.49 pagi.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi pada pukul 8.16 pagi mendapati kemalangan itu melibatkan seorang warga emas merupakan pemandu lori 10 tan yang berada dalam keadaan tersepit.

“Pasukan bomba kemudian bertindak mengeluarkan mangsa daripada kenderaan yang membawa muatan pasir itu menggunakan peralatan khas Hydraulic Jack.

“Bagaimanapun, mangsa kemudian disahkan meninggalkan dunia di lokasi oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas berjaya dikeluarkan bomba,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut Hasbi, seramai 10 anggota bomba bersama sebuah jentera penyelamat berjaya mengeluarkan mayat mangsa dalam operasi berkenaan.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“Setelah memastikan keadaan sekitar selamat, operasi kemudian ditamatkan pada pukul 9.10 pagi,” katanya.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat