Pemandu lori mengundur ditahan sebabkan penunggang motosikal maut

PEMANDU lori yang cuai sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal maut dan pemandu kereta cedera di Jalan Kerinchi telah di tahan polis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya
menerima laporan kejadian pada 8.34 pagi, kemalangan membabitkan motosikal Modenas Kriss, lori dan kereta Honda Jazz di Jalan Pantai Dalam menghala ke Jalan Pantai Baru.

Kejadian pada pagi Sabtu itu turut tular di media sosial, lori terbabit yang berada dalam kawasan pembinaan tiba-tiba bergerak secara mengundur.

“Pemandu lori iaitu lelaki berusia 32 tahun berada di dalam kawasan tapak pembinaan bersama lori dipandunya untuk mengisi minyak brek.

“Ketika proses mengisi minyak brek, tiba-tiba lori mengundur dengan sendiri, lalu melanggar pagar pintu keselamatan dan masuk ke jalan utama serta melanggar motosikal ditunggang lelaki berusia 32 tahun.

“Mangsa terjatuh dan terperosok di tayar belakang sebelah kanan lori itu, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zamzuri berkata, lori berkenaan juga melanggar kereta di laluan bersebelahan menyebabkan pemandunya luka di dahi.

“Pemandu lori sudah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987,” katanya.

Terdahulu, satu video memaparkan lori bergerak mengundur secara tiba-tiba yang menyebabkan penunggang motosikal terjatuh ketika cuba mengelak kenderaan itu.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta