Peluasan skop SST: Harga barangan keperluan tidak naik – PWC

KERAJAAN mengumumkan pelaksanaan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini bagi memperkukuh sumber pendapatan negara.

Firma akauntan terkemuka, Price Waterhouse Coopers (PWC) berpendapat tindakan kerajaan ini bagi memastikan kadar cukai jualan bagi barangan keperluan asas seperti makanan harian, ubat-ubatan, bahan binaan asas dan input pertanian kekal pada kadar sifar peratus (0%), sekali gus memastikan kos sara hidup rakyat tidak terbeban.

Pada 9 Jun lalu, Kementerian Kewangan mengumumkan SST akan diperluaskan meliputi barangan bukan keperluan serta pelbagai kategori perkhidmatan baru termasuk penyewaan, pembinaan, kewangan, penjagaan kesihatan swasta, pendidikan swasta, dan perkhidmatan kecantikan.

Pengumuman itu turut menyatakan beberapa pengecualian dan insentif bagi memastikan perkhidmatan penting tidak terbeban cukai serta memberi tempoh pengecualian sehingga 31 Disember 2025 ini.

Sebaliknya, barangan pilihan dan premium seperti basikal lumba dan lukisan antik dikenakan cukai pada kadar 5 peratus hingga 10 peratus, manakala cukai perkhidmatan dikenakan pada kadar antara 6 peratus hingga 8 peratus bergantung kepada kategori perkhidmatan.

Justeru, PWC berkata, secara ringkasnya mendapati pelaksanaan peluasan SST ini tidak akan meningkatkan harga barangan keperluan kerana kadar cukai jualan kekal pada sifar peratus untuk barangan keperluan harian seperti ayam, daging lembu, kambing, ikan, udang, sotong, sayur-sayuran, buah tempatan, beras, barli, oat, gandum, tepung, sardin dalam tin, gula, garam, roti putih, pasta, bihun, mi, mi segera, susu, minyak masak, ubat-ubatan, alat perubatan, buku, jurnal, surat khabar, dan makanan haiwan peliharaan.

“Kadar sifar peratus juga dikekalkan untuk bahan binaan asas seperti simen, batu, dan pasir, serta input pertanian termasuk baja, racun perosak, dan mesin pertanian serta ternakan.

“Ini bertujuan untuk memastikan tiada kesan langsung terhadap kos sara hidup majoriti rakyat dan mengawal inflasi,” katanya.

PWC juga berkata, kadar lebih tinggi untuk beberapa barangan bukan keperluan dan premium telah dikenakan kenaikan cukai jualan untuk beberapa item yang sebelum ini dikenakan sifar peratus kini dikenakan 5 peratus seperti ‘king crab’, salmon, kod, cendawan truffle, buah import, minyak pati, fabrik sutera dan mesin industri.

“Barangan premium seperti basikal lumba dan lukisan tangan antik kini dikenakan kadar 10 peratus,” katanya.

PWC menjelaskan, skop cukai perkhidmatan diperluaskan untuk merangkumi enam kategori perkhidmatan baru yang dikenakan cukai seperti penyewaan atau sewaan, pembinaan, perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan swasta, pendidikan, dan perkhidmatan kecantikan.

“Perkhidmatan penyewaan atau sewaan cukai ialah perkhidmatan 8 peratus dikenakan kepada penyedia dengan hasil penyewaan atau sewaan melebihi RM500,000.

“Pengecualian termasuk bangunan kediaman, bahan bacaan, sewaan kewangan, aset luar Malaysia, PKS dengan jualan di bawah RM500,000, transaksi B2B, pelepasan kumpulan, dan pengecualian 12 bulan untuk kontrak yang tidak boleh dikaji semula.

“Bagi perkhidmatan pembinaan, cukai perkhidmatan 6 peratus untuk kontraktor dengan hasil melebihi RM1.5 juta.

“Pengecualian untuk bangunan kediaman, kemudahan awam berkaitan perumahan, transaksi B2B, dan pengecualian 12 bulan untuk kontrak yang tidak boleh dikaji semula,” katanya.

Related Posts

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

PUTRAJAYA – Kerajaan melaksanakan pendekatan subsidi bersasar sebagai mekanisme penampan dengan mengekalkan harga RON95 dan diesel tertentu, di samping membenarkan bahan api tidak bersubsidi diselaras mengikut harga pasaran bagi mengurangkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Data tidak menipu!

Data tidak menipu!

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global