Peluang Verstappen muncul juara F1 cerah

MAX Verstappen mempamerkan kelas tersendiri apabila merangkul petak utama Grand Prix Abu Dhabi, perlumbaan terakhir yang bakal menentukan juara dunia Formula Satu (F1) musim ini.

Pelumba Red Bull itu mengatasi pendahulu kejuaraan dari McLaren, Lando Norris, yang bakal bermula di petak kedua, manakala rakan sepasukan Norris, Oscar Piastri, muncul ketiga terpantas.

Red Bull menggunakan strategi pintar apabila memberikan Verstappen bantuan aerodinamik di belakang rakan sepasukannya, Yuki Tsunoda, yang akan bermula di petak ke-10 sekali gus membantu juara dunia empat kali itu mencatat masa 0.201 saat lebih pantas daripada Norris.

Norris ketika ini mendahului Verstappen dengan 12 mata, manakala Piastri berada empat mata di belakang rakan sepasukannya itu.

Situasi itu meletakkan Norris dalam kedudukan cerah untuk dinobatkan juara dunia buat kali pertama sekiranya dia berjaya menamatkan perlumbaan pada kedudukan podium di Litar Yas Marina malam ini.

Related Posts

Saratok bakal miliki gelanggang tinju baharu, fokus lahirkan bakat muda

SARATOK – Berita gembira buat peminat sukan tempur di daerah ini apabila sebuah gelanggang tinju baharu bernilai RM190,000 bakal dibina bagi merancakkan lagi pembangunan sukan tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Menang ke atas Atletico Madrid, Arsenal ke final Liga Juara-Juara

ARSENAL mara ke final Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun selepas jaringan Bukayo Saka memastikan kemenangan 1-0 ke atas Atletico Madrid, awal pagi tadi. Skuad kendalian Mikel…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bazar Gawai Agro Tamu Medamit 2026 bukti perpaduan dan sokongan CSR terus kukuh

Bazar Gawai Agro Tamu Medamit 2026 bukti perpaduan dan sokongan CSR terus kukuh

PBSM Kuching santuni pesakit, raikan bayi 8 Mei di HUS

PBSM Kuching santuni pesakit, raikan bayi 8 Mei di HUS

Bekalan minyak negara lebih stabil hasil langkah kawalan ketirisan

Bekalan minyak negara lebih stabil hasil langkah kawalan ketirisan

Malaysia perkukuh semangat ASEAN, rapatkan jurang pembangunan serantau

Malaysia perkukuh semangat ASEAN, rapatkan jurang pembangunan serantau

Naratif ketakutan kaum dilihat strategi retorik politik Tun M – Penganalisis

Naratif ketakutan kaum dilihat strategi retorik politik Tun M – Penganalisis

Reda dengan pemecatan ini – Abdul Razak

Reda dengan pemecatan ini – Abdul Razak