Peluang BN menang: Tiada siapa boleh jangka – Johari

KLUANG – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani tidak setuju dengan ramalan Ketua Wanita DAP, Teo Nie Ching yang menganggap peluang calon Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota masih di tahap 50-50.

Menteri Perladangan dan Komoditi itu sebaliknya menegaskan, selagi belum keputusan, tidak ada sesiapa boleh meramalkan.

“Selagi belum keputusan (pengundian). Tak orang boleh predict (ramal),” ujar Johari.

Reaksi Ahli Parlimen Titiwangsa itu merujuk kenyataan Nie Ching yang memaklumkan BN diyakini mampu mempertahankan kerusi PRK DUN Mahkota.

Bagaimanapun Timbalan Menteri Komunikasi itu memberitahu peluang BN untuk menang kerusi Mahkota masih 50-50 ketika ini.

Justeru Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai menyeru semua pengundi keluar mengundi dan membuat pilihan yang bijak, beliau juga memberitahu DAP selaku rakan dalam Kerajaan Perpaduan akan berusaha sehabis daya untuk berkempen di Mahkota.

Mengulas lanjut Johari menitipkan pesan kepada calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah dan jentera BN khususnya untuk bergerak seiring dengan dinamik politik.

“Kita kena ubah cara fikiran kita, tak boleh dah anggap mana-mana kerusi DUN atau Parlimen ‘guarantee’ (dijamin) menang, sebab kalau kita tengok dalam pilihan raya ada kerusi ‘guarantee’ menang 100 peratus akhirnya kalah, tapi ada yang kita jangka hanya 50-50 tapi raih keputusan cemerlang. Bahkan ada kawasan yang tak ada harapan boleh menang tapi menang.

“Ini adalah kerana dinamik politik yang berubah. Macam dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac 2022, kita tak berapa yakin nak menang pun (50-50) tapi akhirnya undi, Johor dapat dua pertiga, jentera kita tak sangka langsung waktu itu, buatkan satu Malaysia ‘excited’ (teruja) malahkan jadikan Johor sebagai benchmark untuk kita hadapi PRU15, 8 bulan selepas itu.

“Justeru, pastikan pengundi putih kita keluar mengundi,” katanya ketika berucap dalam sesi bersama jentera dan masyarakat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Lian Seng, malam semalam.

Johari juga berkongsi formula untuk menang sekali gus mendapatkan kepercayaan rakyat adalah bergantung kepada tiga faktor utama iaitu calon, parti dan jentera.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori