Pelbagai program tunjuk kesepaduan rakyat, promosi Tawau destinasi acara tumpuan

TAWAU – Penganjuran pelbagai program di daerah ini menunjukkan kesepaduan dan kebersamaan rakyat yang sekali gus berupaya mempromosikan Tawau menjadi destinasi acara tumpuan pengunjung.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, banyak program telah dianjurkan di Tawau yang menarik ramai pengunjung termasuk luar negara.

“Kalau dilihat penganjuran bukan hanya berbasikal, larian, banyak yang telah dibuat, ini menunjukkan kesepakatan dan kerukunan serta bersatu hati apabila sesuatu dapat dilaksana dengan baik.

“Keadaan yang harmoni ini kita kekalkan bukan sahaja sukan tapi aktiviti lain seperti Tawau Berselawat yang akan dihadiri pemimpin tertinggi negeri pada tarikh yang dijadualkan dan ini menunjukkan kehebatan daerah Tawau,” katanya semasa di temui pada program Kelab Belia Kampung Tanjung Batu (KBKTB) Fun Run 2024 di Padang Bandaran Tawau, pada Ahad.

Sementara itu, Pengerusi yang juga penyelaras KBKTB Fun Run, Mohd Afsar Abd Latif berkata, penyertaan 900 peserta dari dalam dan luar daerah melalui Fun Run ini merupakan penyertaan teramai di Tawau.

“Kami tidak sangka sokongan padu orang ramai berjaya menghimpunkan penyertaan dari Lahad Datu, Kunak, Kota Kinabalu dan Sandakan.

“Seramai 515 lelaki dan 385 perempuan berumur 5 hingga 58 tahun akan berlari di laluan sepanjang tujuh kilometer dari Padang Bandaran ke Tanjung Batu, Hilltop, Jalan Utara dan berakhir di Padang Bandaran,” katanya.

Related Posts

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

MIRI – Semangat kebersamaan dan amalan gotong-royong jelas terpancar dalam kalangan warga Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi Program Memasak dan Pengagihan Bubur Lambuk pada Isnin. Program bersempena bulan Ramadan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

SIBU – Seramai 723 penerima bantuan bulanan beragama Islam ceria apabila menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan tersebut disalurkan menerusi program Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri