Pelancong China lemas di Pulau Sipadan

SEMPORNA – Seorang pelancong lelaki warga China lemas ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Sipadan, di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Sabri Zainol berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kematian mangsa berumur 37 tahun itu pukul 6.45 petang.

Beliau berkata, mangsa dipercayai menyelam kira-kira pukul 10.45 pagi tanpa kebenaran jurulatih sebelum pemandu bot melihat mangsa dalam keadaan panik dan memberitahu kepada jurulatih.

Katanya, mangsa datang ke Pulau Sipadan untuk melakukan aktiviti menyelam bersama isterinya dan ketika kejadian isteri mangsa turut berada di atas bot tersebut.

“Mangsa antara lapan penyelam dari pelbagai negara yang dikendalikan seorang jurulatih bersama empat juruselam.

“Pemandu penyelam mencari mangsa kemudian dijumpai pada kedalaman kira-kira 25 meter dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa dibawa naik ke atas bot dan diberikan bantuan pernafasan (CPR) sebelum mangsa hanya memberi respon dengan menarik nafas panjang dan muntah-muntah namun masih dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Menurut Sabri, mangsa dibawa ke Hospital Semporna untuk rawatan sebelum ke Hospital Tawau dan disahkan meninggal dunia.

“Proses bedah siasat akan dijalankan petang Selasa dan kes dilaksanakan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi pegawai penyiasat, ASP Mohammad Ali Amat di talian 013-2120852 atau tampil untuk menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.

  • Related Posts

    11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

    SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

    LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

    11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

    Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

    Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

    70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

    70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

    PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

    PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

    Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

    Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

    Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

    Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis