Pelan perancangan spatial dibangunkan

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan untuk membangunkan pelan perancangan spatial marin Malaysia bagi memacu pelaksanaan Ekonomi Biru dan tadbir urus kelautan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-46 hari ini berkata, pembangunan itu akan dapat meningkatkan potensi lautan negara.

“Kerajaan yakin pembangunan dasar yang jelas ini akan membolehkan potensi lautan negara dapat dioptimumkan sebagai sumber ekonomi negara di samping meningkatkan keyakinan pelabur terhadap prospek pelaburan di Malaysia,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Anwar berkata, mesyuarat itu juga bersetuju untuk terus memperkasa pembangunan infrastruktur mesra Orang Kurang Upaya di setiap bangunan dan tempat awam selaras prinsip Madani yang menekankan konsep inklusiviti bagi memastikan tiada kelompok diabaikan dalam menikmati pembangunan Malaysia.

Katanya, mesyuarat itu adalah platform perbincangan penting antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam meneliti perkara terkait perancangan pembangunan bandar, desa dan guna tanah negara untuk dimanfaatkan secara bersama.

Related Posts

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang melaksana usaha bagi membantu rakyat Malaysia yang terkandas di Dubai dan Emiriah Utara dengan meningkatkan kekerapan penerbangan pulang ke tanah air. Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti video penuh, usah terjebak fitnah – Dr Zulkifli

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menepis sekeras-kerasnya tohmahan kononnya beliau pernah menyatakan isu memijak Al-Quran tidak perlu diselesaikan dengan hukuman. Beliau menegaskan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan