Pelaksanaan stok penimbal gula putih bertapis di Sabah, Sarawak dan WP Labuan mulai 1 Mei

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan stok penimbal bagi gula putih bertapis di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan bermula 1 Mei depan bagi memastikan kestabilan bekalan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, langkah itu dilaksanakan susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri Persekutuan pada 26 Mac lalu sebagai usaha menangani isu gangguan bekalan yang sering berlaku di Sabah, Sarawak dan WP Labuan.

“Kita ambil langkah khusus sebab kita tidak mahu sebagaimana pada bulan Ogos hingga Oktober 2023 berlakunya gangguan bekalan yang agak besar di Sabah, Sarawak dan juga WP Labuan.

“Faktor logistik juga diambil kira, memandangkan penghantaran mengambil masa lima hari ke Sarawak dan tujuh hari ke Sabah melalui laut,” Katanya dalam sidang media Sambutan Aidilfitri Ahli Parlimen Papar bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengalat di sini, pada Ahad.

Tambahnya, KPDN akan mengeluarkan Arahan Pengawal Bekalan kepada dua pengilang utama di Semenanjung iaitu MSM Malaysia Holdings Berhad dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd bagi membekalkan stok penimbal masing-masing sebanyak 1,000 metrik tan (1 juta kilogram) bagi keperluan Sabah dan Labuan serta 1,000 metrik tan bagi Sarawak.

Selain itu, Kerajaan Persekutuan turut meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM38 juta setahun bagi subsidi pengangkutan perkapalan untuk penghantaran bekalan ke Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Peningkatan daripada 10 sen kepada 20 sen bagi setiap kilogram.

“Ini juga akan membantu menyegerakan dan menyelesaikan isu kerugian yang ditanggung oleh kedua-dua pengeluar,” katanya.

Selain itu, mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Mac lalu juga bersetuju untuk KPDN menubuhkan Jawatankuasa Penstabilan Bekalan dan Harga.

“Jawatankuasa ini akan dianggotai oleh kementerian, jabatan, agensi serta pemain industri berkaitan yang akan bersidang sekurang-kurangnya enam kali setahun,” ujarnya.

Beliau berharap usaha bersepadu ini
dapat menangani isu kos sara hidup serta memastikan kestabilan bekalan dan harga dengan lebih berkesan demi kesejahteraan rakyat.

Related Posts

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

TANGGA BATU – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari meneruskan Program Peduli Veteran MADANI Tangga Batu hari ini dengan menziarahi beberapa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Tanjung Kling yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

MIRI – Warga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Krokop kini boleh tersenyum gembira apabila dewan perhimpunan mereka telah dinaik taraf dan dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang jauh lebih moden.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang