Pelajar UTM digesa tolak Himpunan Turun Anwar

JOHOR BAHRU – Penuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini, digesa untuk menolak penganjuran Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan berlangsung di ibu negara, esok.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTM, Muhammad Hazim Azatul Amery berkata, mahasiswa UTM adalah tonggak kepada masa depan negara dan tidak wajar dijadikan alat propaganda bagi mana-mana pihak.

“Sebagai badan kepimpinan pelajar yang diiktiraf secara sah di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), kami berpegang teguh kepada tanggungjawab memelihara kepentingan mahasiswa, mendukung prinsip demokrasi yang matang, dan menjunjung nilai perpaduan serta kestabilan negara.

“Oleh yang demikian, MPP UTM menzahirkan pendirian tegas untuk tidak menyokong dan menolak penyertaan dalam himpunan ini,” katanya ketika dihubungi TMP.

Menurut beliau, MPP UTM percaya bahawa proses penambahbaikan dalam sesebuah negara perlu dilakukan melalui saluran sah, hujah intelektual dan wacana beradab.

“Ia bukan melalui tekanan jalanan atau tindakan terburu-buru yang boleh mencetuskan ketidakstabilan.

“Sewajarnya kita menjadi pembina solusi dan penyatu bangsa bukan pencetus konflik. MPP UTM menyer seluruh warga mahasiswa untuk kekal rasional, berhikmah dan terus menyumbang secara positif kepada pembangunan negara.

“Justeru, kami menyeru agar semua mahasiswa UTM tidak melibatkan diri dalam sebarang perhimpunan yang boleh mengundang risiko terhadap keselamatan awam, merosakkan keharmonian masyarakat atau diperalatkan untuk agenda politik tertentu,” katanya.

Related Posts

Penyelewengan projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani akan didedahkan – Saifuddin

BANDAR BAHARU – Maklumat berkaitan isu pembinaan Projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani bernilai RM75 juta termasuk kemungkinan berlakunya penyelewengan akan didedahkan apabila tiba masanya kelak. Menteri Dalam Negeri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

PAPAR – Penolakan usul persendirian berkaitan tuntutan 40 peratus Sabah di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini bukan bermakna kerajaan negeri menolak perjuangan tersebut, sebaliknya ia adalah keputusan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penyelewengan projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani akan didedahkan – Saifuddin

Penyelewengan projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani akan didedahkan – Saifuddin

MADA nafi lepas tangan, sentiasa peka masalah pesawah

MADA nafi lepas tangan, sentiasa peka masalah pesawah

Isu kalimah Allah di tokong: Gabungan NGO desak henti provokasi

Isu kalimah Allah di tokong: Gabungan NGO desak henti provokasi

Siasatan kes bayi maut di peringkat akhir sebelum rujuk IPK Perlis

Siasatan kes bayi maut di peringkat akhir sebelum rujuk IPK Perlis

HRPB realisasikan Sekolah Dalam Hospital, pastikan pendidikan pesakit kanak-kanak tidak terhenti

HRPB realisasikan Sekolah Dalam Hospital, pastikan pendidikan pesakit kanak-kanak tidak terhenti

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji