Pelajar PhD maut, kereta terbabas masuk tasik

JELI – Seorang pelajar pengajian Doktor Falsafah (PhD) maut manakala rakannya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum masuk ke dalam tasik di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Kamarulzaman Harun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 6.35 petang yang memaklumkan mengenai kemalangan tersebut.

Menurutnya, ketika sekitar jam 6.20 petang itu, kereta jenis Perodua Axia dipandu mangsa, Muhammad Amidee Abdullah, 25, sedang melalui selekoh kiri dalam keadaan menuruni bukit di kawasan kampus berkenaan.

“Secara tiba-tiba kereta hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam tasik di bahagian kanan jalan.

“Penumpang berjaya keluar menyelamatkan diri, namun pemandu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Penumpang kini menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Jeli,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, bedah siasat akan dijalankan untuk mengetahui punca kematian sebenar.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Jeli di talian 09-9440222 atau pegawai penyiasat di 014-8021928,” katanya.

Related Posts

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16