KUANTAN – Kerajaan Pahang mengumumkan pemberian komputer riba percuma kepada pelajar Orang Asli yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah itu bertujuan memastikan pelajar berkenaan tidak ketinggalan dari segi kemudahan pembelajaran.
“Jika sebelum ini mereka perlu memohon, kini semua pelajar Orang Asli yang berjaya masuk IPTA akan menerima laptop tanpa sebarang permohonan.
“Kita akan rujuk senarai kemasukan dan agihkan secara terus,” katanya selepas Majlis Sambutan Hari Orang Asli Sedunia peringkat negeri di Rancangan Penempatan Semula Bukit Serok, dekat Muadzam Shah, hari ini.
Bagi tujuan itu, kerajaan negeri memperuntukkan RM2.25 juta menerusi Program Pemberian Komputer Riba dan sehingga Julai lalu seramai 360 pelajar Orang Asli di Pahang mendapat manfaat







