Pelajar lelaki warga China maut lemas dalam kolam

IPOH – Seorang remaja lelaki warga China ditemukan lemas dalam keadaan terlentang dalam kolam sedalam 1.2 meter di Kondominium Meru Idaman, Meru Raya dekat sini, pada malam Sabtu.

Difahamkan mangsa 17 tahun, merupakan pelajar di sebuah sekolah antarabangsa di sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada jam 9.22 malam.

Ujarnya, susulan itu, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru diarahkan ke lokasi.

“Sampai sahaja, kita dapati mangsa lemas dalam keadaan terlentang di dalam kolam itu.

“Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ketua operasi melaksanakan size-up dan mengaplikasikan konsep SAVER,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Sabarodzi berkata, bomba membawa naik mangsa di dalam kolam dan membuat rawatan awal Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) sehingga petugas KKM sampai ke lokasi.

Sehubungan itu, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Related Posts

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

TUMPAT – Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Wakaf Bharu di sini yang didakwa melibatkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai, dipercayai kerana selisih faham keluarga. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

SHAH ALAM – Sarapan percuma diberikan kepada pelajar di kesemua 873 sekolah di Selangor bagi meringankan perbelanjaan ibu bapa susulan krisis tenaga global. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina