Pelajar lelaki hilang ketika pulang dari sekolah

MUAR – Seorang remaja lelaki dilaporkan hilang sejak Ahad selepas tidak pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan.

Muhammad Effzaldanish Mohd Affendi, 14, adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin Riayat Shah 1, Pagoh.

Kehilangan anak tunggal itu disedari oleh neneknya, Jaminah Shari, 90, sebelum meminta bantuan cucu lain mencarinya di sekolah serta kawasan sekitarnya.

Sepupu mangsa, Siti Nurhaliza, 25, berkata, pada hari kehilangannya, Effzaldanish berjalan ke sekolah yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah.

Namun katanya, selepas jam 2 petang, kelibatnya langsung tidak kelihatan hingga menyebabkan neneknya gelisah.

“Secara kebetulan, semalam kebanyakan sepupunya pulang ke kampung jadi nenek minta bantuan mereka mencari Effzaldanish namun tidak ditemui.

“Kami juga bertanyakan rakan di sekolah termasuk asrama dan mereka mengatakan Effzaldanish tidak datang ke sekolah.

“Ini yang membuatkan kami bingung memikirkan ke mana dia pergi,” katanya seperti dilaporkan media.

Beliau berkata, neneknya sering menangis malah tidak ada selera untuk makan kerana memikirkan Effzaldanish.

Jelasnya, Effzaldanish tinggal bersama nenek sejak berusia tiga tahun selepas ibunya meninggal dunia akibat kanser payudara.

“Sejak mendapat tahu kehilangan Muhammad Effzaldanish, nenek sering menangis kerana dialah satu-satunya peneman setiap hari.

“Mereka cuma tinggal berdua kerana bapanya sudah berkahwin lain dan menetap di Tampin, Negeri Sembilan. Kami harap sangat Effzaldanish ditemui segera dalam keadaan selamat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata pihaknya menerima laporan bapa pelajar terbabit pagi tadi.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan dengan merekodkan keterangan bapa mangsa.

Related Posts

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melunaskan hutang pinjaman pengajian berjumlah RM12,629.82 milik Allahyarhamah Manarina Hasya Muhamad Karim, 22, penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) yang maut dalam kemalangan dua bas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengingatkan ibu bapa agar memantau anak-anak yang sedang meningkat remaja berhubung penggunaan selamat telefon pintar bagi mengelakkan berlakunya jenayah digital. Fahmi berkata, isu jenayah digital…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif