Pelajar IPT Sarawak terima bantuan khas RM1,200 tahun depan – Abang Johari

KUCHING – Pelajar institut pengajian tinggi (IPT) Sarawak di seluruh Malaysia bakal menerima bantuan khas berjumlah RM1,200 pada tahun hadapan.

Menurut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, inisiatif ini akan memberi manfaat kepada 25,000 pelajar Sarawak yang mempunyai pendapatan isi rumah RM1,500 atau ke bawah setiap bulan.

“Bantuan ini bertujuan membantu pelajar membiayai keperluan asas seperti makanan dan barangan penting,” ujar Abang Johari sambil menyatakan bantuan ini akan mengurangkan beban pelajar.

Abang Johari berkata sejumlah RM30 juta diperuntukkan di bawah Belanjawan Negeri 2025 untuk tujuan ini.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024 dalam Persidangan Hari Pertama Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) yang ke-19 pada Isnin.

Sementara itu, Abang Johari berkata, kerajaan Sarawak turut meneruskan inisiatif baucar buku dan komputer riba percuma untuk pelajar IPT Sarawak dengan isi pendapatan rumah per kapita RM1,500 sebulan ke bawah untuk tahun hadapan.

“Inisiatif baucar buku RM500 yang menelan belanja  RM2 juta dan komputer riba percuma dengan peruntukan RM30.5 juta pada tahun hadapan akan memberi manfaat kepada 10,166 pelajar,” jelas Abang Johari lagi.

Related Posts

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

KUALA PERLIS – Perairan negeri ini khususnya sekitar Kuala Perlis hingga ke Pulau Batu Layang diiktiraf sebagai habitat penting mamalia marin bertaraf antarabangsa apabila menjadi lokasi kemunculan spesies lumba-lumba Irrawaddy.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

SEBERANG PERAI – Empat buah sekolah di Seberang Perai terjejas dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan