Pekerja asing turut rasai nikmat kenaikan nilai ringgit Malaysia

Oleh: Hidayatun Nufus (Pelatih UPM)

PENINGKATAN nilai ringgit terhadap mata wang asing menjadi berita baik kepada pekerja asing di Malaysia.

Keadaan ini membawa manfaat besar kepada mereka yang bekerja keras di Malaysia, memberikan lebih banyak pulangan dari titik peluh mereka ketika menukar wang ke negara asal.

Menurut salah seorang Tenaga Pekerja Indonesia (TKI) yang dikenali sebagai Toha, peningkatan kadar tukaran ringgit memberi kesan positif terhadap kehidupan mereka.

“Alhamdulillah, selama saya baru masuk saja hampir dua minggu di Malaysia, Ringgit semakin naik… sekarang jadi 3,600 Rupiah,” katanya dengan nada penuh syukur dalam satu video di akaun Youtube miliknya.

Kenaikan ringgit ini membolehkan pekerja asing menukar wang dengan nilai yang lebih tinggi, memberikan mereka lebih banyak pendapatan untuk dihantar pulang.

“Misal kata kita kirim RM1,500, itu bisa jadi sekitar 5 juta lebih, bahkan hampir 6 juta Rupiah,” katanya yang gembira dengan perkembangan positif ekonomi Malaysia yang jelas memberi kebahagiaan kepada mereka yang gigih mencari rezeki di negara ini.

Bagi para TKI, kenaikan ringgit bukan sahaja memberi mereka keuntungan secara langsung, tetapi juga meningkatkan taraf hidup keluarga mereka di Indonesia.

Dengan jumlah wang yang lebih besar dihantar pulang, keluarga mereka dapat menikmati lebih banyak kemudahan dan menyelesaikan perbelanjaan harian yang semakin meningkat di negara mereka.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat