Peguam serah petunjuk baharu kematian Syamsul Haris kepada polis

PEGUAM mewakili ibu Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, Datuk Naran Singh menyerahkan ‘pendrive’ mengandungi rakaman perbualan berkenaan pendedahan seorang individu yang mendakwa berada di tempat kejadian berhubung kematian pelatih kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) itu.

Serahan itu dilakukan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur, kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut menyerahkan sebuah fail berisi transkrip rakaman setebal 44 muka surat dan gambar keadaan Allahyarham sebelum dan selepas kejadian kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan Undang-Undang D5 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd Fazley Ab Rahman.

“Kita juga akan serahkan satu set dokumen apa yang berlaku di Mahkamah Shah Alam ketika kita minta bedah siasat kedua dan yang penting sekali kita akan serahkan satu USB.

“USB itu mengandungi rakaman individu ‘A’, yang ada di tempat kejadian, dia namakan orang-orang yang terlibat dalam kejadian ini. Jadi dalam ini cukup maklumat untuk polis siasat,” katanya.

Naran berkata, dengan penyerahan itu, ia dapat menjadi petunjuk baharu mengenai kes berkenaan.

“Kita dah ada petunjuk dah, senang untuk lakukan siasatan. Identiti individu ‘A’ dirahsiakan atas faktor keselamatan.
Sebenarnya dia tidak tahu dia telah dirakam,” katanya.

Dalam pada itu, katanya proses bedah siasat berjalan dengan lancar setakat ini dan pengebumian semula dijangka pada petang atau malam ini.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM