Peguam ibu Zara hormati keputusan mahkamah benar peguam bela ikuti inkues

KOTA KINABALU – Peguam ibu Zara Qairina Mahathir, menghormati keputusan Mahkamah Koroner yang menolak bantahan pihaknya dan membenarkan peguam mewakili lima kanak-kanak menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding inkues tersebut.

“Pihak kami ada membantah terhadap permohonan peguam bela pesalah kanak-kanak sebagai pihak berkepentingan namun bantahan kami ditolak jadi kami menghormati keputusan mahkamah tersebut.

“Selain itu, Sabah Law Society (SLS) juga hadir sebagai peguam pemerhati manakala peguam kepada ayah Zara juga hadir dan dibenarkan sebagai saksi pihak berkepentingan dalam inkues ini,” kata Shahlan Jufri dalam sidang media di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, pada Rabu.

Beliau berkata, pada prosiding inkues kematian Zara bermula pukul 2 petang itu, anggota pasukan forensik dijangka dipanggil sebagai saksi pertama.

“Selain pasukan forensik, ada juga pakar Patologi, saksi-saksi, polis, pelajar-pelajar sekolah, sekuriti dan lain-lain.

“Setakat ini saksi keseluruhan lebih kurang 68 orang. Bagaimanapun mungkin terdapat penambahan daripada kami pihak berkepentingan,” katanya.

Menurut Shahlan, semasa prosiding inkues bermula dan melibatkan saksi kanak-kanak, mahkamah akan mengadakan sidang tertutup bagi menjaga kerahsiaan mereka.

“Kita perlu ingat saksi-saksi ini adalah di bawah umur. Kanak-kanak ini perlu dijaga,” ujarnya.

Related Posts

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri termasuk program Kebun Dapur, penubuhan pusat pemasaran hasil pertanian negeri serta pengurangan kebergantungan import makanan ternakan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan