Pegawai bank rugi RM141,000 terpedaya pelaburan emas tidak wujud

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki berputih mata apabila kerugian sehingga RM 141,000 selepas terpedaya sindiket pelaburan emas tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Polis Raub Selamat berkata, mangsa yang merupakan pegawai bank berusia 46 tahun itu tertarik untuk menyertai pelaburan berkenaan sebelum dimasukkan ke dalam whatsapp berkumpulan yang tidak dikenali.

“Mangsa dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp diketuai oleh seorang lelaki sejak Mac lalu.

“Mangsa kemudian diberikan satu pautan untuk mendaftar pelaburan berkenaan dan membuat pembayaran kepada seorang broker,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Raub berkata, mangsa dijanjikan keuntungan sebanyak 50 peratus daripada modal pelaburan jika mangsa melabur dalam jumlah yang banyak.

“Mangsa yang tertarik dan percaya keuntungan yang dijanjikan telah mendaftar akaun pada pautan berkenaan dan melakukan transaksi pembayaran sebanyak 10 kali ke beberapa akaun bank tempatan sejak Mei hingga Jun.

“Keseluruhan transaksi adalah bernilai RM141,000. Mangsa kemudiannya melihat keuntungan dipaparkan melalui aplikasi pelaburan berjaya mengaut sehingga USD25,177.47.

“Bagaimanapun, mangsa tidak berjaya mengeluarkan jumlah keuntungan tersebut, malah suspek masih meminta mangsa membuat lagi bayaran tambahan,” katanya.

Raub berkata, mangsa kemudian menyedari dirinya ditipu apabila nombor telefonnya telah dikeluarkan daripada kumpulan ‘WhatsApp’ berkenaan.

Mangsa kemudian membuat laporan di balai polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun, dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda,” katanya.

Justeru, Raub menyeru dan menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah percaya dengan sesuatu tawaran pelaburan yang dilihat di media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh yang singkat.

“Orang ramai juga boleh membuat semakan di aplikasi ‘Semak Mule’ yang disediakan secara atas talian bagi menyemak status akaun bank dan nombor telefon suspek sebelum meneruskan dengan sesuatu transaksi pembayaran.

“Sekiranya menjadi mangsa penipuan, hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dengan segera sebagai tindakan awal untuk menyekat pengaliran wang keluar dari akaun suspek,” katanya.

Related Posts

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

DATUK Mubarak Dohak dilapor menangguhkan arahan pengosongan kompaun kediaman rasmi Balai Luak Undang Sungei Ujong buat masa ini atas beberapa alasan. Setiausaha Sulit Undang Luak Sungei Ujong , Ahmad Hanafi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak