Karnival Permainan Tradisional pupuk minat generasi muda pelihara warisan budaya

NABAWAN – Karnival Permainan Tradisional sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 berupaya memupuk minat generasi muda untuk memelihara warisan budaya.

Karnival anjuran Panitia Sejarah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bahagia itu merupakan karnival julung kali diadakan dengan penglibatan kira-kira 400 orang guru, murid dan ibu bapa.

Ketua Panitia Sejarah selaku penyelaras program, Viettylea Gipin berkata, idea pelaksanaan karnival itu dibuat apabila menyedari generasi muda kurang terdedah dengan permainan tradisional.

”Kita mengadakan program ini untuk memperkenalkan mereka (murid) dengan permainan tradisional yang sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk merasai sendiri pengalaman agar permainan ini tidak lapuk ditelan zaman.

”Saya berharap agar selepas ini semua murid ada idea dan seronok untuk bermain permainan tradisional selain bermain gajet sahaja,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Terdapat lapan permainan tradisional yang dipertandingkan sepanjang karnival itu berlangsung iaitu bermain guli, keting-ting, galah panjang, zero point, sepak raga, sepak raga sarung, boling kelapa dan tuju selipar.


Related Posts

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

PAITAN – Sebanyak 15 tan bekalan makanan dan keperluan asas dihantar ke pusat agihan di Kadazandusun Cultural Association (KDCA) Paitan bagi memperkukuh operasi bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Sugut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

KUCHING – Cadangan projek mega Kereta Api Trans Borneo (TBR) disambut baik berikutan potensinya sebagai pemangkin ekonomi dan logistik yang efisien untuk wilayah ini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan