LAHAD DATU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah pada Rabu menahan seorang penjawat awam dan seorang pesara kerajaan kerana disyaki terlibat pecah amanah berjumlah kira-kira RM303,000.
Menurut sumber, kedua-dua suspek yang terdiri daripada seorang lelaki dan seorang Wanita berumur lingkungan 40 hingga 60-an itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah Cawangan Lahad Datu.
Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat menyalahgunakan harta iaitu lapan set baucar bayaran kepada buruh asing berjumlah kira-kira RM303,000 sedangkan buruh asing terbabit tidak menerima bayaran.
Mereka dipercayai melakukan perbuatan iatu pada Julai 2020 sehingga Februari 2021 semasa bertugas di sebuah agensi kerajaan di negeri ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Sabah perlu keluar daripada imej projek sakit – Mustapha
SANDAKAN – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud menegaskan Sabah perlu berusaha meningkatkan prestasi pelaksanaan projek pembangunan bagi mengelakkan negeri itu terus dikaitkan dengan isu…
Lebih lanjut






