Pearly-Thinaah bergaya ke separuh akhir

KUALA LUMPUR – Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah mencipta sensasi apabila melangkah ke separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menewaskan pasangan Korea Selatan, Kim So Yeong-Kong Hee Yong.

Kejayaan menundukkan pemenang pingat gangsa edisi lalu di Porte De La Chapelle Arena itu menyaksikan mereka melakar sejarah menjadi beregu wanita pertama negara mara ke separuh akhir Sukan Olimpik.

Pearly-Thinaah bermula cemerlang apabila mendahului 10-3 dan corak permainan agresif berterusan dipamerkan pasangan itu menyaksikan mereka berjaya menamatkan set pertama dengan kemenangan 21-12.

Pasangan negara dipaksa bekerja keras pada set kedua, namun prestasi cemerlang Pearly-Thinaah menyaksikan mereka meraih kemenangan 21-13, sekali gus menyingkirkan wakil Korea Selatan itu dalam tempoh 42 minit.

Pearly-Thinaah menjadi beregu wanita kedua negara yang berjaya melangkah ke suku akhir di pentas Sukan Olimpik selepas gandingan Vivian Hoo-Woon Khe Wei pada edisi 2016 di Rio de Janeiro.

Bagaimanapun, Vivian-Khe Wei ketika itu gagal ke separuh akhir apabila tewas di tangan pasangan Jepun, Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi.

Pearly-Thinaah bagaimanapun bakal diuji lebih hebat di separuh apabila akan menentang Qing Chen-Yi Fan dari China yang mudah menewaskan pasangan Bulgaria, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva 21-15, 21-8.

Related Posts

Kota Belud jadi perhentian baharu ‘Sail Malaysia Passage to The East Yacht Rally’

KOTA KINABALU – Kota Belud, yang dikenali sebagai Daerah Koboi Timur, bakal membuat penampilan sulungnya sebagai satu perhentian bagi Sail ‘Malaysia Passage to East Yacht Rally’ tahun ini. Pembantu Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
HTAA rawat bekas pemain hoki tular kurang siuman

KUANTAN – Bekas pemain hoki remaja kebangsaan, Mohamad Asmawi Zaidi yang dikatakan tidak siuman kini ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), dekat sini, untuk tujuan rawatan. Pengarah Jabatan Kebajikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Malaysia teraju integrasi grid serantau

Malaysia teraju integrasi grid serantau