PDRM Sarawak tawar diskaun 50 peratus saman trafik mulai 26 hingga 28 Ogos

KUCHING – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak menawarkan pengurangan saman trafik sebanyak 50 peratus sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 bermula 26 hingga 28 Ogos ini. 

Tawaran ini melibatkan semua kaunter Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) di seluruh Sarawak dengan pembayaran secara tunai di semua lokasi dan kad debit/kredit hanya di BSPTD Kuching.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak berkata, inisiatif yang berlangsung dari 26 hingga 28 Ogos ini bertujuan meringankan beban kewangan rakyat serta menggalakkan penyelesaian saman tertunggak.

 “Inisiatif ini selaras dengan tema Hari Kebangsaan 2025, Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni yang menekankan nilai perpaduan dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, diskaun hanya terpakai bagi saman kesalahan trafik yang boleh dikompaun di bawah Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan (Pengkompaun Kesalahan) 2003.

Bagaimanapun, 10 jenis kesalahan tidak layak diskaun termasuk kemalangan jalan raya, kes bicara mahkamah, memotong berbahaya, menggunakan lorong kecemasan, tidak mematuhi lampu merah, pengubahsuaian ekzos dan saman OP Selamat.

PDRM turut mengingatkan pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang serta peraturan lalu lintas demi keselamatan semua.

Maklumat lanjut senarai kaunter dan kaedah pembayaran boleh diperoleh di platform rasmi PDRM Sarawak.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM