PDRM kerah 9,300 anggota, 15 ‘hotspot’ dipantau rapi hadapi PRU17 Sabah

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi tumpuan penuh terhadap kira-kira 15 kawasan dikenal pasti sebagai ‘hotspot’ menjelang Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) Dewan Undangan Sabah, dengan penugasan lebih 9,300 pegawai dan anggota di seluruh negeri.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pemantauan ketat di kawasan hotspot dilakukan berdasarkan penilaian risiko semasa, melibatkan bukan sahaja aktiviti politik, tetapi juga NGO dan pertubuhan tertentu yang bergerak aktif ketika musim pilihan raya.

“Hotspot ini bukan semata-mata berkaitan politik, tetapi juga melibatkan NGO serta pertubuhan tertentu yang aktif.

“Situasi ini turut berlaku di Semenanjung setiap kali menjelang pilihan raya,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Perjumpaan Khas Ketua Polis Negara bersama Petugas PDRM sempena PRU17 Sabah di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, kawasan tumpuan merangkumi beberapa lokasi strategik di sekitar Kota Kinabalu serta daerah-daerah di pantai timur Sabah yang dilihat berisiko mencetuskan ketegangan.

Sehubungan itu, unit-unit khas seperti Light Strike Force (LSF), Public Order Riot Unit (PORU), elemen Op Cantas dan pasukan penyiasat CID ditempatkan dalam status kesiapsiagaan penuh.

“LSF dan PORU akan ditempatkan di kawasan perlu bagi memastikan keadaan keseluruhan terkawal,” tambahnya.

PDRM menempatkan lebih 9,300 anggota bagi keselamatan 73 DUN, selain 4,300 anggota tambahan khusus untuk hari penamaan calon esok di 25 pusat pencalonan.

“Kita memastikan keselamatan dan ketenteraman di Sabah sentiasa baik dan terkawal,” kata Khalid.

Beliau turut memaklumkan bahawa pemantauan tambahan akan dijalankan di pantai timur, termasuk lawatan sendiri ke Tawau dalam tempoh terdekat.

Katanya, bantuan tambahan dari Sarawak seramai 1,200 anggota turut disiap siaga sekiranya diperlukan dan penugasan akan ditentukan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.

Khalid turut memberi amaran tegas kepada semua parti politik dan NGO agar mengelak provokasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

“Jangan timbulkan isu perkauman, jangan ada fitnah.

“Kekalkan keamanan yang telah kita kecapi,” katanya.

Related Posts

‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

INANAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur pihak tertentu termasuk bekas menteri supaya meneliti kenyataan rasmi Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai kedudukan sebenar rayuan kerajaan berhubung isu 40…

Lebih lanjut

teruskan membaca
596 calon dari 23 parti sah bidik 73 DUN demi mandat rakyat
  • FatinFatin
  • November 15, 2025

KOTA KINABALU – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 menyaksikan persaingan luar biasa apabila seramai 596 calon daripada 23 parti politik tampil membidik 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

Pelan Tindakan Khas Paya Besar di landasan betul

Pelan Tindakan Khas Paya Besar di landasan betul

596 calon dari 23 parti sah bidik 73 DUN demi mandat rakyat

  • By Fatin
  • November 15, 2025
596 calon dari 23 parti sah bidik 73 DUN demi mandat rakyat

Caj guna Jalan Genting diharap tidak beban rakyat Pahang

Caj guna Jalan Genting diharap tidak beban rakyat Pahang

BN-PH capai persefahaman hadapi pertembungan kerusi di PRN17 Sabah – Zahid

BN-PH capai persefahaman hadapi pertembungan kerusi di PRN17 Sabah – Zahid

Keprihatinan PMX terpancar, pesakit uzur terharu terima bantuan

Keprihatinan PMX terpancar, pesakit uzur terharu terima bantuan