PBT kena tegas pastikan Garis Panduan Kuil Hindu Kebangsaan dipatuhi

PEMBINAAN kuil di negara ini wajib mematuhi Garis Panduan Kuil Hindu Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Malaysia Hindu Sangam, kata Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu menegaskan, kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memastikan agar garis panduan tersebut dipatuhi.

“Dalam dokumen itu jelas menegaskan kuil mesti dibina atas tanah milik sendiri kuil atau Jawatankuasa Pengurusan Kuil (JPK).

“Elakkan tanah yang disewa, dipajak, tanah rizab dan tanah dihuni tanpa kebenaran pemilik. Saya yakin, itu juga hasrat umum penganut Hindu dan Hindu Sangam,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau memberi respons susulan isu hangat melibatkan Kuil Dewi Sri Pathra Kaliamman yang dibina atas tanah milik Jakel di ibu negara.

Pengasas Jakel, Allahyarham Mohamed Jakel Ahmad mewakafkan tanah di Jalan Masjid India itu untuk pembinaan sebuah masjid bagi menampung keperluan komuniti di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, penyokong pemeliharaan Kuil Dewi Sri Pathra Kaliamman mencadangkan ‘tapak alternatif’ untuk pembinaan masjid berbanding memindahkan kuil didakwa berusia 130 tahun itu.

Terdahulu, penceramah bebas, Wong Wai Hung juga mengingatkan semua pihak tentang Garis Panduan Kuil Hindu Kebangsaan 2017 yang dikeluarkan oleh Malaysia Hindu Sangam.

Beliau menerusi satu kenyataan menegaskan, berdasarkan garis panduan itu, kuil mesti dibina di atas tanah milik sendiri atau diurus oleh JPK.

“Garis panduan itu sendiri menyatakan kuil tidak boleh dibina di atas tanah sewa, pajakan, tanah rizab atau tanah yang dihuni tanpa kebenaran pemilik,” katanya.

Related Posts

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

DALAM landskap politik hari ini, semakin kerap kita melihat naratif yang mengaitkan agama dan institusi diraja sebagai ukuran kejayaan sesebuah kerajaan. Doa, ucapan istiadat, dan simbol kebesaran digunakan untuk membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan kerajaan akan terus bertindak proaktif dalam mendepani krisis global yang semakin mencabar dan kompleks. Menerusi hantaran di akaun rasmi beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal