PBB gesa AS, Israel dan Iran kembali ke meja rundingan

SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, pada Sabtu melahirkan rasa kesal yang mendalam ekoran kegagalan usaha diplomasi susulan serangan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran.

Berucap dalam mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan, Guterres menegaskan bahawa undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa mestilah dihormati pada setiap masa.

Beliau menyifatkan situasi semasa sebagai satu ancaman besar terhadap keamanan dan keselamatan sejagat.

“Tindakan ketenteraan membawa risiko mencetuskan rantaian peristiwa yang tidak dapat dikawal oleh sesiapapun di rantau paling bergolak di dunia ini,” katanya, lapor Anadolu.

Tegas beliau, tiada alternatif yang lebih berkesan selain penyelesaian pertikaian antarabangsa secara aman, sambil menambah bahawa dialog yang jujur dan rundingan merupakan satu-satunya jalan ke arah perdamaian yang kekal.

Menyentuh mengenai pusingan terbaharu rundingan nuklear antara AS dan Iran yang berakhir di Geneva pada Khamis lalu, Guterres menyifatkan kegagalan mencapai kata sepakat sebagai satu kerugian besar.

“Saya amat kesal kerana peluang keemasan melalui diplomasi ini telah dipersia-siakan,” katanya.

Sebelum ini, kedua-dua pihak menyifatkan suasana rundingan yang berlangsung di bawah pengantaraan Oman itu sebagai serius dan membina.

“Alternatif kepada diplomasi ini adalah potensi konflik lebih luas yang akan membawa kesan buruk kepada orang awam dan kestabilan serantau,” ujar beliau.

Sehubungan itu, Guterres menggesa semua pihak yang terlibat supaya segera kembali ke meja rundingan, khususnya berkaitan program nuklear Iran bagi mengelakkan krisis yang lebih parah.

Related Posts

Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

GAZA dianggarkan memerlukan dana sebanyak AS$71.4 bilion (RM312.5 bilion) bagi tempoh 10 tahun akan datang untuk tujuan pemulihan dan pembangunan semula pascakonflik yang berlarutan selama 24 bulan. Dapatan itu terkandung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

NAIB Presiden Pertama Iran, Mohammad Reza Aref, mengeluarkan amaran keras pada awal pagi Isnin bahawa keselamatan di Selat Hormuz tidak dapat dijamin sekiranya eksport minyak negara itu terus disekat. Menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James