Pastikan ADUN Rembia kena bayar RM100 juta – Puad

AHLi Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata parti itu perlu memastikan ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis perlu membayar RM100 juta seperti diperkaui dalam perjanjiannya dengan BN.

Katanya, UMNO tidak perlu berkompromi untuk mengheret bekas ADUNnya itu ke mahkamah selepas bertindak menyertai Pas.

“UMNO jangan berkompromi untuk mengheret YB Jailani ADUN Rembia ke Mahkamah. Biar dia bayar saman RM100 juta. Baru tahu tinggi rendah langit.

“UMNO perlu ada kes yang boleh jadi ‘precedent’. Supaya yang lain takut untuk menipu parti dan rakyat yang mengundi mereka.

“Jailani perlu diajar keras. Dia banyak kali melompat. Keahliannya dalam Pas dirahsiakan lama. YB seperti ini elok muflis kerana saman jadi katak. UMNO perlu bersih daripada YB katak,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Semalam, Muhammad Jailani berkata, beliau akan membersihkan namanya di mahkamah berhubung tuntutan yang akan dikemukakan UMNO.

“Saya bersedia mendedah dan menentang setiap taktik buruk UMNO yang tidak selari undang-undang dan tidak berperlembagaan demi untuk kebaikan ramai lagi ahli yang lain.

“Saya sedia membersihkan nama ini di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang mendakwa Muhammad Jailani terikat dengan perjanjian sebelum dipilih menjadi calon BN.

Katanya, berdasarkan perjanjian yang telah ditandatangani, Muhammad Jailani perlu membayar RM100 juta kepada BN.

Related Posts

Kemunculan pertama Ahmad Samsuri sebagai Pengerusi PN kurang meyakinkan – Pemerhati politik

KEMUNCULAN pertama Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dalam sidang media baru-baru ini disifatkan sebagai kurang meyakinkan. Pemerhati politik, Ahmad Mursi, menerusi kenyataan di Facebook…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KJ serah surat rayuan kembali bersama UMNO

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang sebelum ini dipecat daripada parti secara rasmi telah menyerahkan surat rayuan untuk kembali bersama UMNO, pada Ahad. Surat permohonan tersebut diserahkan sendiri oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan