Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi susulan pengukuhan pasaran minyak serantau

SUSULAN kenaikan harga minyak mentah serta aliran menaik di pasaran getah serantau, ia turut memberikan kesan kepada pasaran getah tempatan yang ditutup pada paras tinggi dalam tempoh seminggu.

Menguatkan lagi kenyataan itu, seorang peniaga menjelaskan keadaan pasaran didorong oleh pakej rangsangan baharu dari China tatkala kebimbangan kekurangan bekalan di negera pengeluar utama getah asli termasuk Malaysia dan Thailand akibat hujan berterusan.

“Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah dagangan yang suram berikutan musim cuti akhir tahun,” katanya seperti dilapor Bernama.

Dalam pada itu, peniaga itu menjelaskan, antara cabaran yang perlu dihadapi oleh pekebun getah di utara Thailand adalah ancaman tanaman rosak bermula 26 hingga 27 Disember.

Tambahnya, hujan lebat di bahagian selatan pula boleh menyebabkan banjir kilat bermula 28 hingga 30 Dis.

Selain itu, dengan kenaikan harga minyak selepas cuti Krismas turut mendapat sokongan daripada langkah rangsangan baharu di China dan penurunan inventori minyak mentah di AS.

Sehingga kini, harga minyak mentah Brent meningkat 0.39 peratus kepada AS$73.88 setong.

Untuk rekod Lembaga Getah Malaysia, harga SMR 20 melonjak 22.0 sen kepada 877.0 sen sekilogram manakala lateks pukal menyusut lima sen kepada 707.5 sen sekilogram.

Pada Jumaat (26 Dis), harga SMR 20 berada pada 871.00 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 703.50 sen sekilogram.

Related Posts

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Oleh: Alif Abd Aziz SEKIJANG, 19 April 2026 – Kerajaan terus komited memperkukuh kefahaman rakyat terhadap isu krisis tenaga global menerusi pendekatan komunikasi bersemuka yang lebih menyeluruh dan berkesan. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud kebimbangan mengenai penganjuran pameran aset dan teknologi pertahanan terutama berkait persenjataan yang boleh membawa kemusnahan. Bagaimanapun, beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah