
PADAWAN – Majlis Perbandaran Padawan (MPP) memaklumkan Pasar Batu 3 ditutup buat sementara waktu untuk memberi laluan usaha naik taraf.
Difahamkan projek naik taraf Pasar Batu 3 menelan belanja melebih RM300,000.
Selain itu, projek itu dimaklumkan bermula 15 Julai yang lalu menaik taraf sistem penuaian air hujan, penggantian bumbung, mengecat siling di tingkat satu dan dinding parapet.
Projek itu juga melibatkan penggantian salutan kalis air emulsi pada bumbung atas.
MPP juga turut membekalkan dan memasang 15 kipas siling di tingkat bawah serta tingkat satu selain turut meletakkan salutan serpihan epoksi ‘anti-slip’ di kawasan lantai bawah yang sedia ada.
Kesemua projek tersebut masih dalam proses pembinaan dan dijangka akan siap pada masa terdekat.
Sehubungan itu, gerai pasar di tingkat bawah juga akan ditutup bermula 14 Oktober ini selama 7 hingga 10 hari.
Semasa Pengerusi MPP, Kr. Tan Kai bersama-sama Kr Shirley Pui dan kontraktor projek, pihak penjaja bersetuju dengan memberi laluan untuk projek naik taraf berdasarkan jadual yang dimaklumkan.
“Saya berterima kasih kepada penjaja atas kerjasama mereka dan berjanji memantau dengan teliti hasil kerja,” kata Tan.
Tan juga akan memastikan segala projek naik taraf ini siap tepat pada waktunya agar operasi perniagaan dapat diteruskan seperti sedia kala.




