Pasar awam kekal akan dibina di Sungai Long

HASRAT penduduk di sekitar Sungai Long, Cheras untuk menikmati kemudahan pasar awam bakal direalisasikan apabila projek pasar kekal itu dijadual dibina di kawasan berkenaan bermula Julai ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, David Cheong berkata, projek di tapak Pasar Sungai Long itu dilaksanakan dengan peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bernilai RM15 juta.

“Tiada pasar awam di kawasan sekitar ini, namun dengan adanya kemudahan ini seluas 5.6 ekar, ia dapat memanfaatkan ribuan penduduk dan tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan keperluan asas.

“Namun, kita berharap reka bentuk pasar khususnya kawasan parkir dapat dikaji semula kerana ia tidak mencukupi untuk peniaga dan pengunjung,” katanya dipetik Media Selangor.

David menambah, projek tersebut perlu dirancang secara menyeluruh bagi memastikan keselesaan semua pihak.

“Parkir agak terhad dan harap mereka teliti lagi selain pastikan laluan masuk lori untuk menghantar barangan tidak mengganggu lalu lintas,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming memaklumkan sejumlah RM136.7 juta diperuntukkan bagi membina pasar awam baharu serta menaik taraf pasar sedia ada di seluruh negara.

Menurutnya, langkah itu selaras usaha kerajaan untuk memberi nafas baharu kepada pasar awam agar lebih moden dan menarik.

Antara projek terlibat ialah pembinaan Pasar Taman Muda Ampang di Selangor (RM35 juta), naik taraf Pasar Gong Pauh, Terengganu (RM15 juta), pembinaan Pasar Besar Kuala Pilah, Negeri Sembilan (RM11.7 juta) serta Pasar Besar Kuala Krai, Kelantan (RM15 juta).

Turut termasuk pembinaan Pasar Besar Kajang (RM15 juta), pasar kekal di Sungai Long, Cheras (RM15 juta), naik taraf pasar besar Ipoh (RM15 juta) dan pembinaan pasar di Melaka Tengah (RM15 juta).

Related Posts

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16