Pasangan kekasih didakwa rompak kedai pajak gadai

PASIR MAS – Sepasang kekasih mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan merompak barang kemas di sebuah kedai pajak gadai dianggarkan bernilai RM5.755 juta, minggu lepas.

Wee Chin Ooi, 49, dan Wee Fei Fang, 47, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan, lapor Bernama.

Chin Ooi didakwa merompak barang kemas itu dengan menggunakan sebilah pisau terhadap seorang wanita di sebuah kedai pajak gadai di sini pada 1 tengah hari, 21 Oktober lalu.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dibaca bersama-sama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh disebat atau denda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Fei Fang didakwa bersubahat dengan teman lelakinya melakukan rompakan itu di lokasi serta pada masa dan tarikh sama, dengan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 392 dibaca bersama-sama Seksyen 397 dan Seksyen 109 kanun sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aiysha Na’ilah Harizan manakala peguam M K Maalinn mewakili pasangan tersebut.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap mereka dan menetapkan sebutan semula kes pada 6 November untuk serahan dokumen.

Sebelum ini, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan polis menahan seorang pengurus kedai pajak gadai dan teman lelakinya kerana dipercayai menjadi dalang rompakan barang kemas seberat 10.9 kilogram.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi