Pasangan beregu campuran cipta kemenangan sensasi

KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mencipta kejutan apabila menewaskan pasangan nombor dua dunia dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping untuk mara ke suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024 selaku juara Kumpulan D, petang tadi.

Pasangan nombor sembilan dunia itu membuktikan Tembok Besar China mampu dirobohkan apabila bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mencatat kemenangan 17-21, 21-15, 21-16 dalam tempoh 70 minit pada aksi yang berlangsung di Porte de La Chapelle Arena.

Kedua-dua pasangan sebelum ini sudah pun mengesahkan tiket ke suku akhir selepas menang dua perlawanan awal dengan aksi hari ini menjadi penentu gelaran juara dan naib juara kumpulan.

Tang Jie-Ee Wei yang turun selaku ‘underdog’ dalam perlawanan memberi tentangan sengit di set pertama namun terpaksa akur dengan kekalahan 17-21.

Bagaimanapun, aksi set kedua menyaksikan pasangan negara tampil dengan permainan lebih tersusun sehingga membuatkan Yan Zhen-Dong Ping melakukan kesilapan dan membolehkan mereka menang 21-15, sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Aksi lebih agresif dipamerkan Tang Jie-Ee Wei di set ketiga apabila mengawal permainan sejak awal yang menyaksikan Yan Zhe-Dong Ping hilang rentak sekali gus membolehkan pasangan negara menoktahkan kemenangan dengan keputusan 21-16.

Dengan status selaku juara kumpulan, ia akan meletakkan Tang Jie-Ee Wei sebagai pilihan dan boleh mengelak daripada bertemu pasangan utama yang lain apabila undian suku akhir dijalankan selepas tamat semua aksi peringkat kumpulan.

Related Posts

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

BRIGHTON & Hove Albion membelasah Chelsea 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sekali gus melonjak ke tangga keenam liga dengan 50 mata. Ferdi Kadioglu membuka jaringan seawal minit ketiga sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

WOLVES disahkan tersingkir dari saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi selepas keputusan seri tanpa jaringan West Ham United menentang Crystal Palace menutup peluang mereka untuk kekal. Kelab dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti